Salah satu isu tertua masyarakat manusia ialah isu wanita. Pendekatan Barat untuk menyelesaikan masalah wanita melalui feminisme; kebebasan pemilikan kewangan wanita dan memberikan kebebasan politik dan sosial kepada mereka dengan pendekatan berorientasikan sub - parsial dan tanpa memberi perhatian kepada struktur punca-punca masalah secara general.
Dengan meneliti kaedah Al-Quran, kita mendapat kesimpulan bahawa pendekatan Al-Quran tidak bersifat semata general dan tidak juga semata berorientasikan parsial, tetapi untuk menyelesaikan masalah wanita dalam masyarakat, Al-Quran tidak bertumpu pada isu jantina sahaja dan bahkan pada sebahagian kes cenderung tidak menonjolkannya sama sekali.
Proses logik, dalam konteks deduktif, Al-Quran mula membuat dasar dalam bidang wawasan, kecenderungan dan tingkah laku masyarakat. Prinsip asas Al-Quran ini, diturunkan untuk menyelesaikan masalah manusia, iaitu bukan kitab akhlak semata-mata yang membicarakan beberapa siri ajaran akhlak, tetapi ia berkaitan dengan penyelesaian masalah dan menggambarkan secara keseluruhan masalah untuk penyelesaiannya.
Bagi setiap permasalahan masyarakat, telah diturunkan oleh Allah satu ayat yang merupakan jalan ke hadapan, iaitu kita tidak mempunyai ayat yang diturunkan tanpa mengambil kira untuk menyelesaikan masalah, dan setiap ayat berkenaan dengan penyelesaian sesuatu masalah, kita hanya perlu menemukan konsep proses penyelesaian masalah yang telah dibentangkan oleh Al-Quran dan semua sumber Islam.
Islam bertentangan dengan pemikiran Barat yang menganggap kaedah eksperimen sebagai kaedah utama memahami realiti sosial. Dan Islam tidak menghadkan kaedah penyelesai masalah hanya berdasar kaedah eksperimen sahaja, Islam justeru telah mencadangkan pelbagai kaedah, selain menggunakan kaedah eksperimen, terdiri daripada kaedah general «کل», kaedah berorientasikan komponen - parsial «جزء», dan pendekatan yang dipercaya sebagai pembuatan dasar sosial dan mampu memberi jalan penyelesaian segala masalah.
Kita tahu bahawa kaedah Barat untuk menyelesaikan masalah wanita membawa kepada feminisme, yang bermula hampir empat abad yang lalu dan menjadi universal dalam dua ratus tahun yang akhir, dan banyak undang-undang dunia berasal dari feminisme, tetapi Islam sejak 1400 tahun yang lalu telah bicara konsep feminisme secara sempurna dengan tetap menjaga keadilan dengan jantina lelaki.
Kaedah Al-Quran menyelesaikan masalah wanita dalam masyarakat mempunyai beberapa perbezaan asas dengan Barat;
Salah satunya ialah penyelesaian masalah wanita di Barat diusahakan oleh wanita sendiri dan bertukar menjadi gerakan yang berwarna berontak, tetapi dalam Islam peristiwa dan kedudukan wanita dalam masyarakat telah dahulu disedari oleh Al-Quran sendiri, iaitu masyarakat wanita tidak perlu bangkit berontak untuk mendapatkan undang-undang yang adil keatasnya, Al-Quran sendiri sudah lebih awal membentangakan undang-undang yang memuat keadilan atas kedua jantina manusia ini - perempuan dan lelaki.
Al-Quran telah masuk ke dalam penyelesaian masalah dari awal tanpa perlu sesuatu gejolak yang istimewa berlaku dalam masyarakat.
Perbezaan seterusnya antara kaedah Barat dengan kaedah Al-Quran atau Islam ialah dalam kaedah sumber rujukan; Islam dan Al-Quran yang menjadi sumber rujukannya ialah wahyu Tuhan, pencipta gender manusia dan datang membantu menyelesaikan masalah gender mereka.
Manakala dalam kaedah Barat, sumber wahyu diketepikan, sambil memberi perhatian kepada perbezaan semula jadi antara lelaki dan wanita dan kedudukan masing-masing dalam sistem kewujudan individu dan masyarakat dan memberi perhatian kepada keperluan mereka, Islam tidak menekankan jantina dan memberitahu hakikat bahawa perbezaan antara wanita dan lelaki bukan berada pada jantina sahaja bahkan keduanya memiliki kedudukan intelegensi dan kerohanian yang sama bahkan mereka boleh saling menolong untuk menaikan maruah kemanusiaan mereka tampa kira jantina.
Dalam masyarakat Jahiliah, gadis dan wanita tidak mendapat tempat dalam masyarakat dan terdapat pandangan negatif terhadap mereka.
Pada awal turunnya Al-Quran, telah berhadapan dengan banyak masalah dalam masyarakat terutama berkenaan dengan masalah wanita, oleh itu Al-Quran secara khusus menangani isu ini dan mencabar tradisi Jahiliah, dengan kecaman dan ancaman pembalasan bagi mereka yang telah menanam hidup-hidup anak-anak perempuannya; dengan dosa apa anak-anak perempuan itu diperlakukan ditanam hidup-hidup?
وَإِذَا ٱلۡمَوۡءُۥدَةُ سُئِلَتۡ - بِأَيِّ ذَنۢبٖ قُتِلَتۡ
"Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, - Dengan dosa apakah ia dibunuh"? (Qs, At-Takwiir 81: 8 - 9).
Al-Quran mengubah budaya masyarakat terhadap wanita, salah satu kepercayaan masyarakat jahiliah ialah mereka percaya bahawa umat manusia bersusur galur keturunan melalui anak lelaki, Al-Quran juga mencabar kepercayaan ini, dengan membentangkan cara kehidupan yang dicontohkan oleh Rasulullah (SAW) yang dikaruniai Allah seorang anak perempuan (Fatimah Az-Zahra as) dan dari anak perempuan baginda Rasulullah (SAW) ini memiliki anak keturunan yang banyak, Al-Quran menyebut secara khas kaedah ini dalam surah Al-Kawstar yang merujuk kepada kehadiran putri Rasulullah (SAW); Fatimah Az-Zahra (as), sebagai keberkahan yang banyak bagi Islam dan dunia.
Langkah lain Al-Quran menyelesaikan masalah mengenai wanita ialah dengan membentangkan kisah-kisah wanita yang mulia dan berjaya.
Al-Quran dengan menyebut banyak kisah wanita berjaya dalam sejarah, Al-Quran mengubah peranan wanita dalam masyarakat.
Langkah keempat Al-Quran membentangkan kebolehan pelaksanaan program pendidikan dan akhlak yang baik dan mulia oleh wanita, antara lain, Al-Quran mengatakan bahawa wanita boleh mencapai kehidupan yang baik bersama lelaki;
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar". (Qs, Al-Ahzaab 33:35).
Langkah kelima ialah menghapuskan tradisi palsu Jahiliah dalam bidang perkahwinan dan perceraian.
Langkah keenam ialah mengiktiraf kebebasan kewangan wanita. Dalam proses logik, Al-Quran mampu mengubah kedudukan wanita dalam masyarakat melalui langkah-langkah penyelesai sebenar masalah gender yang sebahagiannya telah kami sebut.
*Diambil daripada kata-kata Muhammad Taghi Ahmadi Partu «محمدتقی احمدی پرتو»