IQNA

Panglima Besar menekankan:

Kegagalan rejim Zionis tak dapat dielakkan

21:40 - October 10, 2023
Berita ID: 3103280
BADAI AL-AQSA (IQNA) - Merujuk kepada kegagalan rejim Zionis yang "tidak boleh diperbaiki" dalam berhadapan dengan kesiagaan pemuda Palestin baru-baru ini, Pemimpin Revolusi Islam menekankan: Rejim Zionis hari ini bukan lagi rejim Zionis sebelum hari Sabtu, 7 Oktober, apabila kepahlawanan yang berani daripada pemuda Palestin yang menghembuskan Badainya. Punca malapetaka besar ini adalah tindakan Zionis sendiri; Kerana apabila anda melebihi had pemangsa dan kekejaman, anda perlu menunggu "Badai".

Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemimpin Tertinggi; Pemimpin Revolusi Islam dan Panglima Angkatan Tertinggi, pagi tadi pada majlis graduasi bersama pelajar dan pegawai universiti tentera, beliau (hafizhahullah) menamakan pasukan ini sebagai kubu keselamatan, kehormatan, dan identiti negara, dan merujuk kepada kegagalan rejim Zionis "Tidak boleh diperbaiki" dalam kisah remaja Palestin baru-baru ini, beliau (hf) menekankan: punca "Badai" yang dahsyat ini adalah berterusannya kekejaman dan rampasan rejim palsu terhadap rakyat Palestin, dan rejim ini tidak boleh menyembunyikan wajahnya yang mengerikan dengan berbohong dan menindas, untuk menyembunyikannya dalam serangan ke atas Gaza dan pembunuhan beramai-ramai rakyatnya dan meremehkan keberanian pemuda Palestin dan menganggap pereka pintar pertahanan Palestin datang dari tempat luar Palestin.

Merujuk kepada peristiwa yang belum pernah berlaku di Palestin baru-baru ini, Ayatullah Khamenei (hf) menyebut kedudukan pegawai negara dalam hal politik-tentera yang penting ini betul dan baik, dan menunjuk kepada pengakuan dunia terhadap kegagalan rejim Zionis dalam perkara ini, beliau menekankan: kegagalan  aspek ketenteraan dan perisikan yang tidak boleh diperbaiki dan sebagai gempa bumi yang dahsyat yang tidak mungkin rejim perampas akan dapat memperbaiki tamparan mendalam insiden ini terhadap struktur pemerintahannya dengan semua bantuan orang Barat.
 
Pemimpin Revolusi Islam menegaskan bahawa rejim Zionis hari ini bukan lagi rejim Zionis sebelum hari Sabtu 7 Oktoberr, apabila keberanian pemuda Palestin bangkit menampar keangkuhan mereka, dan menambah: Punca malapetaka besar ini adalah tindakan Zionis sendiri; Kerana apabila anda melebihi had pemangsa dan kekejaman, anda perlu menunggu "Badai - ribut - Tofan".
 
Beliau (hf) menyenaraikan tindakan berani dan tidak mementingkan diri Mujahidin Palestin sebagai tindak balas terhadap jenayah penjajah selama bertahun-tahun dan peningkatannya dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan menambah: Kesalahan bagi kes baru-baru ini ialah rejim ini semasa memerintah dengan kuasa perampasan, yang tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan kejam terhadap rakyat Palestin yang ditindasnya.

Ayatullah Khamenei (hf), merujuk kepada kejahatan rejim penjajah, berkata: "Tiada negara Islam dalam sejarah moden yang menghadapi permusuhan keangkuhan dan kekejaman rejim Zionis, dan tidak berada di bawah tekanan, pengepungan, dan kekurangan seperti akhir-akhir ini, di samping itu, Amerika dan Enggeris menyokong rejim palsu dan zalim ini luar bisa dari mana-mana kerajaan yang disokong mereka.
 
Beliau (hf) menyebut pembunuhan lelaki dan wanita Palestin, kanak-kanak dan orang tua, mencemarkan Masjid Al-Aqsa, menendang jemaah dan membunuh penduduk Palestin oleh peneroka bersenjata, antara jenayah rejim Zionis dan beliau (hf) bertanya: Adakah tidak semestinya Palestin sebagai negara yang bersemangat puluhan tahun dalam menghadapi semua kekejaman dan jenayah ini tidak mempunyai pilihan selain mencipta "Badai"?
 
Ayatullah Khamenei (hf), merujuk kepada percubaan rejim jahat ini untuk mengubah wajanya menjadi yang ditindas, walau dengan bantuan media angkuh dunia untuk menanamkan isu ini dalam pandangan umum, berkata: mempamerkan wajah kemazluman penindas ini "100% tidak benar dan tentunya palsu belaka" dan tiada siapa boleh membuat muka raksasa Diosirt (dajjal) ini sebagai mazlum.

Pemimpin Revolusi menganggap tujuan mengubah imej wajah penindas rejim Zionis sebagai yang mazlum (yang ditindas), untuk membenarkan jenayah rejim ini dalam serangan berterusan ke atas Gaza dan pembunuhan beramai-ramai rakyat yang ditindas sebenar di rantau ini dan menekankan: Pengiraan rejim palsu dan penyokongnya dalam isu ini juga salah dan gagal, dan para pemimpin dan pembuat keputusan rejim Zionis dan penyokong mereka harus tahu bahawa tindakan ini akan membawa bencana yang lebih besar kepada mereka, dan rakyat Palestin akan menampar muka hodoh mereka dengan lebih keras sebagai tindak balas terhadap jenayah ini.
 
Dalam satu perkara penting, beliau menegaskan dan menekankan gosip beberapa orang rejim Zionis dan penyokongnya mengenai penglibatan pihak bukan Palestin, termasuk Iran, dalam peristiwa baru-baru ini: Sudah tentu, kami mencium dahi dan lengan pemuda Palestin dan pereka Palestin yang bijak dan siaga serta berbangga dengan mereka, tetapi Khabar angin ini salah dan pengiraan ini juga gagal, dan mereka yang mengatakan bahawa tamparan rakyat Palestin baru-baru ini kepada muka rejim zionis disebabkan oleh bukan tangan Palestin, bermakna mereka tidak mengenali negara besar Palestin dan telah meremehkannya.
 
Menunjuk kepada perlunya reaksi dunia Islam terhadap jenayah Zionis, Pemimpin Revolusi menambah: Sudah tentu, seluruh dunia Islam diwajibkan untuk menyokong negara Palestin, tetapi keberanian ini adalah hasil kerja pereka pintar belia dan aktivis Palestin sendiri yang gigih, dan insya-Allah, epik berani ini adalah satu langkah besar dalam perjalanan yang akan menyelamatkan rakyat Palestin.

4174303

captcha