
Nahjul-Balaghah dan kumpulan perkataan para Imam suci Ahlulbayt (as) adalah sebagai penjelas Al-Quran; Beliau (as) berkata bahawa arah kanan dan arah kiri itu adalah seumpama jalan sesat - membelot ke kiri atau ke kanan dan jalan tengah itu adalah jalan lurus, oleh itu; "sebai-baik perkara adalah yang menengahnya" «خیرالامور اوسطها» "Khairul umuur ausatuha" semestinya jalan tengah itu tak boleh jauh dari kita.
Jika seseorang itu sudah berada di jalan yang lurus, dan dia mengetahui jalan tengah dan mempelajarinya, sejak itu dia tidak dikatakan lagi jalan tengah sebagai yang terbai bagi nya, malah di atas jalan lurus mesti yang terbaik itu adalah yang banyak-banyak berbuat baik, semakin banyak semakin baik, bukan lagi mengatakan perkara yang baik adalah pertengahan, tetapi unuk mereka perkara yang baik adalah yang jumlahnya banyak, lagi banyak lagi bagus.
Kadang-kadang seseorang tidak mengetahui jalan yang lurus, maka dia berlebihan dalam memberi dan sangat kikir apabila meninggalkan pemberian; Perintah di sini ialah kebaikan perkara yang sederhana iaitu tidak mumbazir dan tidak kedekut, tetapi apabila seseorang berada di jalan lurus, di sini bukan lagi kebaikan perkara yang sederhana, tetapi pemberian yang banyak atau berlebih-lebihan dalam pemberian, banyak ibadah, banyak membaca Al-Quran, banyak solat dan lain-lain hendaklah sebanyak mungkin itu sebagai jalan terbaik baginya. Pada peringkat ini, jika seseorang seperti Imam Mujtaba - imam Zainul Abidin (as) menghulurkan separoh hartanya dua kali dalam hidupnya, itu tidaklah berlebihan, kerana berlebih-lebihan dalam jalan yang lurus itu sendiri adalah sebagai perkara jalan yang lurus dan terbaik.
Untuk mencapai jalan yang lurus, seseorang mesti berhijrah dari kejahilan saintifik ke berakalan praktikal untuk memasuki jalan itu, dan apabila dia memasuki jalan itu, dia mesti menempuhinya, dan mereka akan beransur-ansur memberitahunya lebih cepat lebih baik; Apabila dia memecut dan tidak terhempas, mereka akan memberitahunya bahawa anda perlu memintasnya.
Bagi seseorang yang tidak melihat melainkan Allah, tidaklah cukup baginya hanya kelajuan, tetapi hendaklah dia menambahnya dengan yang lebih banyak seperti dalam kes bersedekah, orang yang sudah mengenal jalan lurus sedekah, tentu ia mesti jauh lebih cepat dan memperbanyak sedekahnya dari orang lain dan medan persaingannya seluas langit dan bumi, iaitu jalan yang lurus itu sangat luas, tetap;
أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَ قَلْبِهِ
"Sesungguhnya Allah mendiding antara manusia dan hatinya".
Sehingga sulit melihat jalan lurus itu.
*Iqtibas dari kata-kata Ayatullah Jawadi Amuli dalam siri perbincangan Nahjul-Balaghah.