Laporan IQNA; Pada penghujung perarakan anti-Zionis hari ini, 13 Oktober, rakyat Iran telah mengeluarkan resolusi yang teksnya adalah seperti berikut:
بسمه تعالی
Tidak dinafikan bahawa kemenangan Rakyat Palestin dan ketakutan yang menguasai perkhemahan Zionisme;
وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ
(Dan ketakutan telah dilemparkan ke dalam hati mereka dan mereka memusnahkan rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang yang beriman).
Ini adalah hasil dan buah dari doa dan munajat kepada Tuhan yang maha suci dan manifestasi istimewa Tuhan buat Pengawal Islam hari ini dalam bentuk pemuda Palestin, Ia telah mengkristal, dan adalah wajar untuk tunduk kepada ambang kemenangan besar ini, dan dengan rendah hati dan rendah diri, tunduk melaksanakan sujud syukur kepadaNya;
بَلَىٰ ۚ إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ
"Bahkan (mencukupi, dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing". (Qs, A-li'Imraan 3:125).
Oleh itu, sambil mengutuk tindakan algojo rejim Israel yang kejam yang membunuh kanak-kanak Palestin, kami mengisytiharkan:
1. Israel akan pergi dan operasi Badai Al-Aqsa pejuang Palestin pada Yaumullah 7hb Oktober adalah langkah pertama untuk meruntuhkan asas repuh rejim Israel perampas dan tamparan maut pemusnah ini akan lebih kuat dari rakyat Palestin yang sedang bangkit memusnahkan rejim perosak ini.
Kami memberi amaran kepada Amerika Syarikat untuk tidak mencuba lagi memelihara nyawa makhluk terkutuk dan keledai mati ini.
Kehadiran rejim Israel di rantau ini dan penghantaran kapal serta pemindahan senjata bukan sahaja akan mengganggu kemahuan dan keazaman pahlawan Palestin yang berani, tetapi juga akan mencetuskan kemarahan umat Islam dan pencari kebebasan dunia, dan juga selain mengancam kepentingan, meningkatkan kebencian terhadap Amerika dan sekutu Barat, yang akhirnya akan membawa satu lagi penyesalan.
2. Kementerian Luar Negeri dan aparat diplomatik negara Republik Islam Iran melalui perundingan dan komunikasi dengan ketua-ketua negara Islam, pertubuhan berkaitan dan penyokong Palestin; Tokoh-tokoh intelektual dan kenegaraan yang cintakan kebebasan harus mengkaji cara menyokong rakyat Gaza yang tertindas dalam pelbagai bidang dan mengambil langkah-langkah perlu untuk menghalang penerusan tindakan membunuh rakyat Palestin oleh rejim Zionis yang kejam dan ganas itu.
3. Pemandangan Palestin dan Gaza yang ditindas hari ini adalah ujian sejarah bagi seluruh dunia, khususnya pemimpin-pemimpin negara muslimin, oleh itu, dengan memutuskan sumber tenaga dan hubungan ekonomi serta membuat sekatan menyeluruh, sambil memaksanya untuk berhenti berterusan membunuh rakyat Palestin, terutamanya kanak-kanak adalah perlu untuk mempercepatkan pengakhiran hidup rejim kuman perosak ini.
4. Semua kumpulan Islam di Lubnan, Mesir, Iraq dan pemimpin negara-negara muslimin yang lain, sambil bersedia sepenuhnya untuk sebarang bentuk sokongan kepada penduduk Gaza, menggerakkan rakyat masing-masing untuk memberi sokongan kepada rakyat tertindas Gaza dengan cara masing-masing yang sesuai dan sepatutnya.
5. Bulan Sabit Merah Republik Islam Iran, dengan penyelarasan agensi yang bertanggungjawab dan dalam perundingan dengan organisasi antarabangsa, menyediakan langkah-langkah yang perlu untuk membantu, menyokong dan merawat mereka yang cedera akibat serangan biadab rejim Zionis ke atas rakyat Gaza.
*هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ ۚ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا ۖ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا ۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ
"Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya". (Qs, Al-Hasy-r 59:2).
4174935