IQNA

Apakah rahsia populariti dan kejayaan Nabi (SAW)?

17:04 - October 15, 2023
Berita ID: 3103306
TEHRAN (IQNA) - Sambil menegaskan bahawa Nabi (SAW) adalah seorang personaliti yang popular, berjaya dan berpengaruh pada zamannya dan dunia hari ini, seorang pengkaji agama menjelaskan beberapa ciri keperibadian baginda yang menjadi asas kejayaannya.

Laporan IQNA; Acara pertemuan ilmiah bertajuk "Nabi Rahmat dan Model Keagamaan" dengan ucapan Muhammad Asaadi «محمداسعدی»; Pengkaji agama, telah diadakan, petikan yang boleh anda baca di bawah;

Dalam keadaan ketika Nabi Muhammad (SAW) diutuskan sebagai nabi, masyarakat tidak mempunyai akhlak yang betul dan budaya serta kemiskinan wujud dalam semua bidang kehidupan. 

Nabi (SAW) menjadikan masyarakatnya yang dari Jahiliah menjadi contoh dengan standard akhlak bertamadun atau berperadaban tinggi dan contoh masyarakat yang mulia. 

Dalam keadaan tiada kemudahan media itu, beliau (SAW) dapat menyampaikan mesej tauhid dan persamaan serta toleransi ke seluruh dunia. Oleh itu, pada pendapat saya, menyatakan ciri-ciri watak sebegini yang mampu menarik ramai orang kepada agamanya dan membina negara dan ummah dalam keadaan tersebut boleh membantu kita hari ini.

Tidak dinafikan, rahsia kepopularan Nabi (SAW) yang menyebut tujuan dakwah baginda (SAW) sebagai memajukan martabat dan kemuliaan akhlak manusia, sedang yang pertama adalah dirinya yang mempunyai akhlak - tingkah laku yang cemerlang; bagaimana untuk berinteraksi dengan masyarakat adalah apa yang telah mewujudkan tarikan sedemikian. Oleh itu, untuk menjelaskan isu tersebut, saya akan membentangkan beberapa ciri Baginda Nabi (SAW).

Ciri pertama Nabi (SAW) yang memainkan peranan besar dalam menarik minat umat manusia ialah Nabi (SAW) "percaya kepada apa yang diperintahkan dan menasihati orang lain dengan apa yang menjadi kepercayaannya". 

Al-Quran mengatakan bahawa Nabi (SAW) beriman kepada apa yang diturunkan daripada Allah, dan semua orang beriman juga beriman kepada Allah, para malaikat, dan kitab-kitab serta kepada Nabi Allah.

Ciri kedua yang ada pada diri Baginda Nabi (SAW) ialah "persahabatan, persaudaraan, toleransi dan mempermudah urusan orang lain". 

Pada asasnya, toleransi merupakan salah satu prinsip penting yang menjamin ketahanan dan perpaduan masyarakat. 

Seorang yang bertanggungjawab dan menjadi pihak berkuasa awam, jika dia bukan seorang yang bertolak ansur dan hanya mahu tegas dengan rakyat dan malah mempersulit rakya dengan pelbagai aturan buatan untuk kepentingannya dan kaki-tangan kuasanya, sudah semestinya dia tidak akan kekal stabil sebagai berkuasa memimpin. 

Salah satu sabda Rasulullah (SAW) yang berharga ialah selepas beriman kepada Tuhan, adalah berlaku toleransi dengan manusia sebagai bukti akhir keberakalan, rasionaliti dan kesungguhan dalam kebijaksanaan.

Satu lagi ciri akhlak mulia Nabi Muhammad (SAW) sebagai rahsia populariti dan kejayaan Nabi (SAW) adalah "kelembutan penuh kasih sayang Rasulullah (SAW) kepada manusia". 

Allah telah menyatakan ciri ini di dalam Al-Quran dan berfirman;

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya". (Qs, A-li'Imraan 3:159).

Satu lagi sifat Nabi (SAW) ialah "pemaaf". Ketika Nabi (SAW) berada di Mekah selama tiga belas tahun, betapa baginda (SAW) disiksa dan pengikutnya dianiaya. Tetapi setelah pasukan Baginda (SAW) menakluki Mekah,  apabila orang Islam masuk ke Mekah, sebahagian mereka menjangkakan bahawa hari itu sebagai hari membalas dendam kepada penduduk kafir Mekah telah tiba, oleh itu sebahagian umat Islam mula melaungkan bahawa hari ini adalah hari pembalasan dan tiada penghormatan terhadap musuh - kafir. 

Apabila berita itu sampai kepada Nabi (SAW), beliau bersabda untuk melaungkan "Hari ini adalah hari rahmat" «الیوم یوم المرحمه». 

Ketika semua Quraisy berkumpul di Masjid al-Haram dan Nabi (SAW) berucap; "kamu semua dibebaskan". 

Hasil daripada pertemuan ini ialah mereka yang bermusuhan itu beralih kepada persaudaraan Islam dan percaya kepada agama Islam dan muslimin.

Sifat Rasulullah SAW yang seterusnya ialah "rendah hati" baginda. Amir al-Muminin, Imam Ali (as) berkata bahawa Nabi (SAW) duduk bersama hamba, makan bersama mereka, dan percaya bahawa diri baginda sendiri sebagai hamba iaitu hamba Allah.

Beliau (SAW) tidak menganggap duduk dengan orang yang kurang bernasib baik sebagai kekurangan dirinya, tetapi sebagai kemurahan hatinya sendiri. Oleh itu, ini juga sangat berkesan untuk menarik orang ramai sehingga Baginda (SAW) dapat membina Ummah.

captcha