
Dengan menyeru haji dan tawaf di Kaabah, Allah menguji dan memberi pingat. Ia memakaikan semua orang dalam satu pakaian, pakaian putih yang merupakan tanda kebersihan, kemurnian, ketundukkan penghambaan, cahaya dan terang, budaya dan kesopanan, dan juga warna pakaian zaman bayi dan hari kematian.
Pakaian yang tidak mempedulikan sejuk dan panas serta menunjuk-nunjuk. Tidak tinggi mahupun pendek, ia tidak mempunyai tanda negara dan bangsa, umur, kelas atau status. Ia adalah pakaian persamaan dan perhambaan kepada Tuhan sahaja, pakaian kesopanan etika dan ketulusan, pakaian toleransi dan keseragaman.
Upacara haji harus diulang setiap tahun agar orang ramai mendapat ilham, maklum dengan perkembangan terkini dunia Islam, agar musuh tahu kita sudah terjaga. Manuver kita hendaklah berada di kawasan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Rumah Tuhan - «طهّرا بیتى للطّائفین» Pembersihan dan kesucian rumah Tuhan dari segala kesyirikan dan msuh-musuh Tuhan dan kemanusiaan.
2. Rumah Bapa-bapa manusia; Rumah Tuhan juga menjadi Rumah utama Bapa-bapa kemanusiaan sejak Nabi Allah Adam (as) hingga Nabi besar khatamun Nabiyin baginda Rasulillah Muhammad (SAW), Kaabah telah menjadi pusat gerakan seruan Agama Tauhid Allah (SWT). «ملّة أبیكم ابراهیم» Ummah Agama Tauhid Muslimin, bapa kamu, Nabi Allah Ibrahim (as) yang dilanjuti oleh Nabi Muhammad (SAW).
3. Rumah keamanan; Umat Tauhidullahil muslimin, mesti pastikan menjaga kawasan Rumah Allah ini tetap kondusif, aman damai dan tentram dari sebarang konfrontasi dan kejahatan musuh-musuh Allah, agamaNya dan muslimin. «من دخله كان آمنا» - Sesiapa yang masuk ke wilayah ini perlu dijaga keamanannya.
4. Rumah Pembebasan dari segala penghambaan kepada selain Allah SWT yang pertama berdiri di atas bumi. «بیتٌ عتیق» - rumah kuno Agama Tauhid Allah SWT. (Sejarah asal-usul Tamadun Islam).
5. Rumah Mubarakah; «ببكّة مباركاً» Tuan rumah yang Maha kaya dengan parjamuan yang penuh kenikamatan berkah-berkah kerohanian dan materialnya.
6. Rumah yang setiap hari kita menghadapkan wajah dan hati kita untuk menyatukan barisan, sama ada pemikiran dan gerakan untuk membangun dunia dan berdepan dengan musuh-musuh Allah SWT.
7. Rumah yang jika tidak menghadapnya; haiwan disembelih kita tidak memakan dagingnya, dan mayat kita di kubur menghadap ke arahnya.
Kita yang tidak memahami hakikat haji, tetapi kita mengetahui bahawa imam-imam Ahlul-Bayt Nabi (SAW) yang maksum, bergegas ke arahnya dengan berjalan kaki dan mempersiapkan diri untuk perjalanan ini beberapa bulan lebih awal, dan dalam solat di bulan Ramadhan setiap pagi dan petang, mereka berdoan dan merayu Tuhan;
اللّهم ارزقنى حجّ بیتك الحرام
"Ya Allah kurniakan kepadaku untuk haji ke Bait-Mu yang suci".
Sebaik sahaja mereka (as) sampai di Mekah, menanggalkan kasut dan menangis, membelanjakan dana untuk haji dan juga melayani jemaah haji lain tanpa nama dalam kafilah.
Oleh itu, akaun perjalanan ini adalah berbeza daripada semua perjalanan yang dijejaki oleh manusia ke sudut manapun di muka bumi ini.
Haji mempunyai tiga jenis tugas dalam perjalanannya:
1. Sebelum memulai perjalan Haji seseorang berkewajipan atas hartanya: membayar khums dan zakat harta, supaya ia tidak menggunakan harta yang masih ada hak orang lain di dalamnya yang tampa disadari, harta itu telah dikumpulkan hasil kerja sama sosial; dalam pelbagai transaksi oleh itu sosial ada hak istimewa (Khumus dan Zakat) dalam harta setiap orang berdasarkan undang-undang fitrah dan syariah, dan calon jemaah haji hendaknya membelanjakan hartanya dengan sebaik-baiknya.
2. Sebelum memulai perjalanan Haji seseorang berkewajipan atas dirinya: bertaubat dan bersyukur, memperbetulkan niat dan azam - tekad nya.
3. Kewajipan terhadap orang lain: meminta maaf kepada rakyat, menolong orang yang tertindas dan memaklumkan pemergiannya kepada saudara mara, dan sahabat.
Bagaimanapun, haji bukanlah perjalanan biasa tampa makna, ia adalah manifestasi tinggi Tamadun Islam «مظهر اسلام» .
*Diambil dan iqtibas daripada buku "Hajj", yang ditulis oleh Muhsin Qaraati.