IQNA

Kaedah pendidikan para nabi / 33 - Nabi Musa (as)

Mengingati nikmat Allah dalam kisah Nabi Musa (as) dalam Al-Quran

17:57 - October 17, 2023
Berita ID: 3103320
TEHRAN (IQNA) - Tuhan yang maha pengasih telah memberikan banyak nikmat kepada manusia, tetapi kelalaian dan kealpaan adalah bala besar yang menimpa manusia. Mengingat nikmat Allah adalah kaedah pendidikan yang sangat berkesan yang telah digunakan secara meluas oleh guru besar manusia, iaitu Tuhan dan para Nabi (as).

Antara perkara yang biasa dihadapi oleh manusia dan kadangkala tidak diberi perhatian ialah lalai dan lupa mengingati Allah dan nikmat-nikmatNya, dan ini menyebabkan mereka tenggelam dalam maksiat. Anjuran ini adalah sebagai peringatan yang berterusan tentang apa yang manusia lalai darinya.

Oleh itu, peringatan mengenai itu memainkan peranan utama dalam pendidikan dan mempunyai kedudukan sehingga disebut sebagai matlamat ibadah, kerana ia mempunyai kesan menerangi hati.

Tuhan yang maha pengasih telah memberikan banyak nikmat kepada manusia, tetapi kelalaian dan kealpaan adalah bala besar yang menimpa manusia. 

Mengingat nikmat Allah SWT merupakan kaedah pendidikan yang sangat berkesan yang telah banyak digunakan oleh guru besar manusia iaitu Allah dan para Nabi (as) sendiri. 

Cara mengingatkan dan memperingati nikmat Allah SWT adalah bergantung kepada masa lampau seseorang, iaitu nikmat-nkmat itu mestilah telah diberikan sebelumnya, supaya nikmat-nkmat  itu dapat dikenang, jika menjadi kes yang dilupai maka timbul kes peringatan atau anjuran dan perintah untuk mengingatnya.

Secara asas, mengingatkan manusia yang lalai terhadap nikmat Allah, bahkan orang-orang mengingkari misi ketuhanan para Nabi (as), untuk mewujudkan cinta kepada Allah dan akhirnya menyedari kebesaran dan kekuasaan Pencipta.

Pendidik boleh memberitahu yang dididik dengan cara memberi peringatan, yang kadang-kadang direalisasikan dengan perkataan atau isyarat yang bermakna dan kadang-kadang dengan program yang berterusan dan bertujuan.

Hazrat Musa (as) telah menyebut dan mengingat nikmat Tuhan dalam banyak hal dan mendorong untuk bersyukur di kalangan Bani Israil, sehingga kecenderungan setiap orang dari umatnya memahami realiti yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia, yang membawa ke arah berkembang dan kemajuan;

1. Memperingati Firaun
Dalam langkah pertama misinya, Hazrat Musa (as) ditugaskan untuk pergi menghadap Firaun dari sisi Tuhan Yang Maha Kuasa. Firaun berkata kepada Musa: 

قَالَ فَمَنْ رَبُّكُمَا يَا مُوسَى
"(Setelah Nabi Musa dan Nabi Harun (as) menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata: "Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?" (Qs, Taha 20:49). 

Selepas soalan Firaun, Hazrat Musa (as) memperkenalkannya melalui nikmat yang Allah berikan kepada manusia: 

قَالَ رَبُّنَا ٱلَّذِىٓ أَعْطَىٰ كُلَّ شَىْءٍ خَلْقَهُۥ ثُمَّ هَدَىٰ ٥٠
"Nabi Musa menjawab: "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya".

قَالَ فَمَا بَالُ ٱلْقُرُونِ ٱلْأُولَىٰ ٥١
"Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?"

قَالَ عِلْمُهَا عِندَ رَبِّى فِى كِتَـٰبٍۢ ۖ لَّا يَضِلُّ رَبِّى وَلَا يَنسَى ٥٢
"Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa".

ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ مَهْدًۭا وَسَلَكَ لَكُمْ فِيهَا سُبُلًۭا وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۭ فَأَخْرَجْنَا بِهِۦٓ أَزْوَٰجًۭا مِّن نَّبَاتٍۢ شَتَّىٰ ٥٣
"(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya". (Qs, Taha 20:50 - 53).

2. Memperingati Bani Israil

Selepas kehancuran Firaun dan keselamatan bani Israil dan mereka menikmati berkat kebebasan dan kemerdekaan itu; kebebasan dan keamanan sebagai nikmat Allah yang paling besar, asas untuk menggunakan nikmat yang lain, kini Allah mengingatkan mereka tentang nikmat yang dikurniakan kepada mereka:

يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ قَدْ أَنجَيْنَـٰكُم مِّنْ عَدُوِّكُمْ وَوَٰعَدْنَـٰكُمْ جَانِبَ ٱلطُّورِ ٱلْأَيْمَنَ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْمَنَّ وَٱلسَّلْوَىٰ ٨٠
“Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa". (Qs, Taha 20:80).

captcha