Yusuf Mustafawi «يوسف مصطفوی», seorang pakar dalam isu agama, berkata dalam temu bual dengan Agensi Berita Al-Quran Iran;
(IQNA): Imam Musa Kazem «امام موسی الكاظم» (as) dikenali sebagai Babul-Hawaij «بابالحوائج» (orang yang kepadanya keperluan seseorang dipenuhi dengan mengarahkan perhatian kepadanya sebagai mengambil perantara kedekatan diri kepada Allah SWT untuk terkabulnya doa dan hajat, gelaran ini adalah satu daripada gelaran Imam Kazem as), adapun gelaran lain adalah Al-Abdu Soleh «العبد الصالح» (hamba Allah yang soleh) dari segi banyaknya pengabdian ibadat dan perhambaan kepada Allah SWT, dan juga beliau (as) telah dikenali sebagai Al-Kazem «الكاظم» (yang sabar dan menundukkan kemarahannya) atas kepayahan dan keperitan masa itu.
Beliau (as) dalam keilmuan, kerendahan hati, sifat-sifat akhlak, banyak bersedekah, murah hati dan memaafkan, telah menjadi perumpamaan, dan beliau (as) mendidik orang-orang yang sakit dan buruk fikiran dengan pengampunan dan kebajikan yang tidak terbatas.
Menurut semua ahli sejarah, Imam Musa Kazim (as) terkenal dengan zuhud dan ibadah, penerbitan fiqh Jafari «فقه جعفرى» (dinisbatkan kepada Imam Jafar Sadiq (as) kerana pengasas disiplin ilmiah fiqah dalam dunia saintifik Islam) dan etika, tafsir, dan perkataan yang diterbitkan dari zaman Hazrat Sadiq (as) dan sebelum itu, pada zaman Imam Muhammad Baqir (as) kakek beliau (as) telah bermula dan diperkasakan pelaksanaannya, pada zaman Imam Musa Kazem (as) ia terus mengikut kaedah kedua-dua imam yang mulia itu, supaya manusia lebih mengenali garis lurus Imamah Ahlul-Bait suci Nabi Muhammad (SAW) penjaga ajaran Islam Murni Ilahi dan menunjukkan kebenaran dalam Mazhab Islam (mazhab Jafari), sebagai cahaya petunjuk umat manusia sepanjang masa hadapan.
Satu ciri lain dan akhlak mulia Imam Kazim (as) ialah menjaga kekuatan dan maruah Islam. Imam yang mulia ini tidak pernah menyerah kepada hinaan dan ancaman, sehinggakan beliau (as) lebih mengutamakan syahadah dengan maruah daripada kehidupan yang hina tawaran duniawi.
Di antara tokoh-tokoh dunia Islam pada zaman itu, Imam Musa Kazem (as) dianggap sebagai pemimpin pada zamannya dari segi ilmu, ketakwaan, zuhud, dan ibadah.
Ciri-ciri keagamaan, kemuliaan, kesabaran dan kesatriaan Imam Musa Kazem (as) seharusnya berada di barisan hadapan dalam kehidupan umat Islam; pengikut dan pecinta Ahlul-Bait suci Nabi (SAW) menjadikan Imam yang mulia ini sebagai tauladan dan berusaha menerapkan adab dan perkataannya dalam kehidupan harian mereka.