IQNA

Himpunan antarabangsa Cinta Al-Quran di Maqam suci Alawi + gambar

19:19 - January 21, 2024
Berita ID: 3103787
IQNA - Serentak dengan sambutan minggu kelahiran Putera Kaabah, Himpunan antarabangsa cinta Al-Quran bermula di kawasan luar Maqam suci Imam Ali (as) di Najaf Asyraf «نجف اشرف».

Laporan IQNA, memetik Pangkalan maklumat Wilayah Muqaddas Alawi, Himpunan antarabangsa cinta Al-Quran, telah diadakan di tempat suci ini selama seminggu di bawah inisiatif Darul-Quran, Maqam Suci Imam Ali (as) «دارالقرآن حرم مطهر امام علی».

Program Al-Quran khas ini untuk hari keputraan Imam Ali (as) dan ia bermula semalam, 19 Januari di halaman luar Maqam Imam Ali (as) dan akan berterusan selama seminggu sehingga 13 Rejab/25 Januari - hari kelahiran Maulal mutaqqiyiin «میلاد مولای المتقیین»- pemimpin orang-orang soleh.

Program Al-Quran ini telah disediakan sebagai sebahagian daripada program khas minggu memperingati kelahiran keputeraan Kaabah «مولود کعبه» di maqam suci Imam Ali (as), berdasarkan penjelasan ketua Darul Quran Maqam suci Alawi, Alaau Muhsen «علاء محسن»; Para qari dan kumpulan tawasyi akan memeriahkan program ini; Hamid Reza Ahmadi wafa«حمیدرضا احمدی وفا» qari Republik Islam Iran, kumpulan tawasyikh Anwar «تواشیح انوار» juga akan hadir Syaikh Amir Kazemi «شیخ عامر کاظمی», seorang qari terkemuka Iraq, dalam program Al-Quran minggu ini.

Makam suci Alavi juga telah menyediakan pelbagai program keagamaan, sosial, budaya Al-Quran sempena memperingati hari lahir Amir al-Muminin, Ali (as), yang akan diadakan sehingga akhir minggu ini.

 
 

4194996

tanda nama: Cinta kerana Allah
captcha