IQNA

Paksi ketertiban sosial dalam Islam

14:05 - May 18, 2024
Berita ID: 3104419
IQNA - Al-Quran memperkenalkan paksi ketertiban dan kesatuan masyarakat Islam dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah (SAW). Persoalannya ialah siapa yang harus dirujuk selepas wafatnya baginda Rasulullah akram (SAW).

Pencapaian penuh matlamat Islam tidak mungkin dilakukan kecuali di sebalik tatanan sosial yang menyeluruh; Kerana Islam adalah agama yang syumul yang mengambil kira segala aspek peribadi dan sosial kehidupan manusia serta membimbing segala urusan mereka ke arah tauhid dan beribadat kepada Tuhan yang maha esa serta mengatur segala urusan kehidupan manusia dengan prinsip dasar dan cabangnya. Oleh kerana sikap dan tradisi yang berbeza tidak mencapai organisasi tertib tersebut, Al-Quran berkata: 

وَ اعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَ لَا تَفَرَّقُوا
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai". (Qs, A-li'Imraan 3:103).

Dalam dua ayat sebelumnya, Al-Quran telah memperkenalkan berpegang teguh kepada Nabi (SAW) dan ayat-ayat ketuhanan penjamin petunjuk seseorang;

وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ ءَايَـٰتُ ٱللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُۥ ۗ وَمَن يَعْتَصِم بِٱللَّهِ فَقَدْ هُدِىَ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ١٠١

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ١٠٢
"Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus) - Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam". (Qs,A-li'Imraan 3: 101 - 102).

Dalam Surah An-Nisa, Al-Quran sangat menekankan mengikuti Rasulullah (SAW) dalam semua urusan masyarakat sehingga ketundukan dan kepuasan hati kepada hasil timbang tara adalah syarat keimanan yang benar: 

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ حَرَجًۭا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًۭا ٦٥
"Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya". (Qs, An-Nisaa' 4:65).

Tetapi apakah paksi susunan masyarakat selepas Rasulullah (SAW)? Jika kita menganggap Al-Quran dan as-Sunnah sebagai paksi penyelesaian perselisihan, kita dapat melihat bahawa sepanjang sejarah Islam, banyak aliran dan arus yang terbentuk dan masing-masing membawa kitab dan as-Sunnah pada maksud yang berbeza. Tetapi dengan merujuk kepada Al-Quran, kita menemui konsep wali dalam Al-Quran.

Al-Quran juga dalam perkara perselisihan dan pertelingkahan antara umat Islam, memerintahkan untuk merujuk kepada kitab Allah dan Sunnah RasulNya;

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍۢ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌۭ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ٥٩
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya". (Qs, An-Nisaa' 4:59).

Bahkan dalam perkara analisis dan pemahaman isu-isu yang kompleks, meminta umat Islam untuk merujuk kepada Ulil-amri juga;

وَ لَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَ إِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ
"Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka". (Qs, An-Nisaa' 4:83).

Ulil-Amri «أُولِي الْأَمْرِ» "Wali amri muslimin" dalam Al-Quran adalah bukan seorang nabi yang diturunkan wahyu Allah langsung kepadanya, namun mereka memiliki kemampuan mengeluarkan pendapat yang dihasilkan dari kefahaman mendalam mereka terhadap wahyu dan Sunnah Nabi (SAW) dan mereka maksum/terjaga dari salah laku dan bersalah pendapat. Ketaatan kepada mereka dalam pendapat dan perkataan mereka adalah wajib atas manusia, sebagaimana ketaatan terhadap Rasul dalam pendapat dan ucapannya diwajibkan atas manusia: 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ  ٥٩
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri". (Qs,An-Nisaa' 4:59).

Dan sebaliknya Al-Quran mengecam umat Islam yang merujuk kepada hukum Taghut;

أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ ءَامَنُوا۟ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوٓا۟ إِلَى ٱلطَّـٰغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوٓا۟ أَن يَكْفُرُوا۟ بِهِۦ وَيُرِيدُ ٱلشَّيْطَـٰنُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلَـٰلًۢا بَعِيدًۭا ٦٠
"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh". (Qs, An-Nisaa' 4:60).

Ulil-Amri «أُولِي الْأَمْرِ» "Wali amri muslimin" dalam Al-Quran adalah bukan seorang nabi yang diturunkan wahyu Allah langsung kepadanya, namun mereka memiliki kemampuan mengeluarkan pendapat yang dihasilkan dari kefahaman mendalam mereka terhadap wahyu dan sunnah Nabi (SAW) dan mereka maksum/terjaga dari salah laku dan bersalah pendapat. Ketaatan kepada mereka dalam pendapat dan perkataan mereka adalah wajib atas manusia, sebagaimana ketaatan terhadap Rasulullah dalam pendapat dan ucapannya diwajibkan atas manusia: 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ  ٥٩
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri". (Qs,An-Nisaa' 4:59).

Dan sebaliknya Al-Quran mengecam umat Islam yang merujuk kepada hukum Taghut;

أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ ءَامَنُوا۟ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوٓا۟ إِلَى ٱلطَّـٰغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوٓا۟ أَن يَكْفُرُوا۟ بِهِۦ وَيُرِيدُ ٱلشَّيْطَـٰنُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلَـٰلًۢا بَعِيدًۭا ٦٠
"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh". (Qs, An-Nisaa' 4:60).

Menunjukkan bahawa wali Amri muslimin/Ulil Amri, selepas Rasulullah (SAW) tidak mengenakan ketetapan baru selain ketetapan Allah dan RasulNya, ketetapannya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi (SAW).

Wajib taat kepada Ulil-Amri tanpa sebarang syarat dan tidak boleh diandaikan bahawa ketaatan kepada Ulil-Amri selagi mereka tidak melakukan dosa, ini andaian tidak benar, sebab kewajipan untuk mentaatinya Ulil-Amri adalah sama taraf dengan kewajipan untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya, nyatalah bahawa yang dimaksud oleh ayat "Ulil-Amri" adalah mereka orang-orang umat ini yang maksum dan tidak akan berlaku salah dalam ucapan dan perbuatan. 

Oleh kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk mengenal pasti orang-orang ini (Ulil-Amri), kita memerlukan Tuhan dan Nabi (SAW) untuk menjelaskan kepada kita siapa sahajakah dari kalangan umat ini yang diperkenalkan sebagai Ulil-Amri yang wajib juga ditaati kepadanya yang setaraf mentaati Allah dan RasulNya.

Tentu nya telah banyak hadis Nabi (SAW) yang memperjelaskan siapa yang dimaksud Ulil-Amri di kalangan umatnya ini;

Sebagaimana riwayat Mutawatir hadis yang dikenal dengan "Hadis Saqalain" «روایة حدیث متواتر ثقلین» dari Nabi Allah (SAW) yang telah banyak diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis, antaranya, kita membaca dalam Kitab Syarif Syahih Muslim, : 

«... وَأَنَا تَارِکٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ: أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللهِ، وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللهِ وَرَغَّبَ فِيهِ، ثُمَّ قَالَ: «وَأَهْلُ بَيْتِی أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِی أَهْلِ بَيْتِی، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِی أَهْلِ بَيْتِی، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِی أَهْلِ بَيْتِی» (صحیح مسلم، دار احیاء‌التراث العربی، ج۴،‌ ص۱۸۷۳، حدیث ۳۶).


"Aku tinggalkan kepada kamu sekalian dua perkara yang berharga: Pertama, Kitab Allah yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpeganglah kamu kepada Kitab Allah. Nabi (SAW) menggalakkan dan mendesak untuk berpegang teguh kepada Kitab Allah lalu bersabda: "Dan Ahlabaytku, aku mengingatkan kamu sekalian kepada Allah dalam perkara Ahlabaytku, aku mengingatkan kamu sekalian kepada Allah dalam perkara Ahlabaytku, aku mengingatkan kamu sekalian kepada Allah dalam perkara Ahlabaytku". 

*(Sahih Muslim, Dar Ihya al-Turath al-Arabi, Vol. 4 , hlm 1873, Hadis 36).

captcha