Jika manusia menggunakan akal fikiran untuk menilai setiap isu yang ada untuk mengambil keputusan memegangnya sebagai kepercayaan, iman dan aqidah kemudian mengamalkannya dalam kehidupan seperti yang dibuat oleh orang-orang yang berakal fikiran sebelum kita atau orang-orang yang hidup sepanjang sejarah manusia, kita boleh membahagi dua kelompok manusia berdasarkan pengalaman oranga-orang terdahulu dan juga berdasarkan analisis perilaku dan pembentangan teoriti atau pandangan manusia di zaman ini, kita sedang berada dalam dua isu yang saling berhadapan yang kita sebut; Haq dan Batil, atau keadilan dan kezaliman, kemuliaan dan kehinaan, dosa/maksiat dan ketaatan, Iman dan kekufuran, amanah dan pengkhianatan, jujur dan bohong, benar dan salah dan seterusnya isu pengetahuan dan tindakan manusia akan terus berada dalam dua jalur.
Akal fikiran manusia boleh mengenali bahawa yang asli, usul dan fundamental itu adalah kebenaran, kerana Tuhan mencipta alam dan manusia atas asas kebenaran, oleh itu kebenaran tidak memerlukan reformasi, kebatilan yang perlu reformasi untuk kembali kepada kebenaran, dan kebenaran itu sejati sifatnya kerana ia sebagai zat keberadaan, sehingga diperkenalkan panggilan satu dari asmaul husna Tuhan yang Maha Esa adalah "al-Haq" «الحق»;
يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ اللَّهُ دِينَهُمُ الْحَقَّ وَ يَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ الْمُبِينُ
"Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Benar, lagi nyata kebenaranNya". (Qs, An-Nuur 24:25).
Secara asas kehidupan alam dan manusia adalah Kebenaran yang wujud, semua yang tidak selaras dengan kebenaran ia adalah kebatilan, ini satu kesimpulan akal fikiran yang berasas pengetahuan yang benar, oleh itu isu kebatilan adalah sangat banyak sebab jalan penyimpangan dari jalan lurus dari setiap sudutnya boleh menjurus kepada kebatilan dari sisi kanan dan kiri dengan sifat ifrat (melampau) dan tafrit (berkekurangan), sedang isu kebenaran ia mesti berada dalam satu garis lurus atau jalan lurus yang kita semua umat Islam amat kenal dengan sebutan sirotal mustaqiim - «صراط المستقیم» - jalan tengah - jalan yang seimbang - berkeadilan, yang sentiasa umat Islam diajar untuk memohon kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk ke jalan yang lurus, surah al-Fatihah yang mesti dibaca dalam setiap solat wajib dan sunnah bahkan dianjurkan selalu dibaca di luar solat sebagai perisai dan penangkis dari segala kelalaian dan penyakit ruh dan jisim sebagai menghindarkan diri dari kebatilan, kesesatan, kesalahan dan segala kategorinya;
Surah al-Faatihah mengandungi inti pati permohonan kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk kepada kita ke jalan yang lurus; Ihdina sirotal Mustaqiim -
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿۶﴾
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿۷﴾
"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat". (Qs, Al-Faatihah 1: 6 - 7).
Kebangkitan Imam Husain (as) adalah berada dalam sirotal Mustaqim - jalan lurus Agama Islam, dan Malah Imam Husain (as) adalah figur utama pejalan lurus itu, yang dimaksud dalam surah al-Faatihah; Iaitu jalan orang-orang yang telah Allah kurniakan nikmat kepada mereka, yang kita semua memohon untuk juga berjalan dan menjadi figur pejalan lurus, yang juga kita semua telah diperkenalkan oleh Nabi (SAW) bahawa kedua cucunya; Hasan dan Husain (as) adalah pemimpin pemuda syurga - (Pusat rahmat dan nikmat Allah SWT).
Dan Yazid berada dalam jalan kesesatan, bahkan Yazid adalah figur orang yang dimurkai dan orang yang sesat, yang kita mesti ingin menjauh dari jalan dimurkai dan sesatnya.
Kedua figur ini amatlah jelas berada di arena peristiwa Asyura Muharram Karbala Imam Husain (as) sebagai yang bangkit segera untuk membela kesucian Agama Islam dari yang ingin dinodai oleh kuasa batil Yazid di zaman itu.
Isu Imam Husain (as) dan Yazid, akan terus berulang sejarahnya, hingga hari ini, Isu kebangkitan rakyat Palestin melawan kebatilan rejim Zionisme Israel adalah sejenis kebangkitan Imam Husain (as) melawan rejim Yazid, dan perlu diingatkan di sini bahawa Yazid membesar dengan murabi masihiat Yahudi, yang amat bermusuhan dengan Islam;
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِینَ آمَنُوا الْیَهُودَ وَالَّذِینَ أَشْرَکُوا
"Kamu akan menjumpai orang yang paling keras bermusuh kepada orang-orang yang beriman adalah Yahudi dan orang-orang musyrik". (Qs, al-Maidah 82).
Oleh itu kita umat Islam di zaman ini juga sedang berdepan dengan kelompok penguasa Batil Yahudi (zionis Apartheid) yang ingin memusnahkan Islam dan umatnya dan kemuncaknya kuasa kebatilan ini sedang beraksi dalam figur Rejim zionis Israel dan para penyokongnya, sedang pasukan Islam yang bangkit melawan kebatilan rejim ini adalah rakyat Palestin dan barisan orang-orang beriman di seluruh dunia menyokong perjuangan pertahanan Palestin merdeka.
*Siri Kebangkitan Imam Husain (as) - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.