IQNA

Penyertaan kira-kira 6 juta jemaah penziarah Karbala pada Hari Asyura

17:45 - July 19, 2024
Berita ID: 3104779
IRAQ (IQNA) - Majlis wilayah Karbala mengumumkan bahawa kira-kira 6 juta jemaah peziarah Karbala hadir di hari Asyura.

Laporan IQNA memetik dari Al-Alam, majlis wilayah Karbala mengumumkan pada hari Khamis bahawa kira-kira 6 juta peziarah dari Iraq dan lain-lain negara mengambil bahagian dalam acara Asyura Husseini.

Unit media majlis ini menambah bahawa jumlah jemaah untuk hari peringatan Asyura tahun ini di Karbala adalah kira-kira 6 juta pengunjung.

Institusi perkhidmatan, keselamatan dan kesihatan menyaksikan semarak acara peringatan Asyura dan upacara berkabung Towereij.

Pertubuhan Media dan Komunikasi Iraq mengumumkan bahawa 725 wartawan dan 84 saluran satelit telah merakamkan acara peringatan Asyura ini dan mereka telah memberi liputan berita dan video.

Kementerian Elektrik Iraq dalam satu kenyataan berkata, rancangan khas untuk upacara Asyura dan bekalan elektrik 24 jam di bandar Karbala berjaya dijalankan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Najaf Ashraf juga mengumumkan bahawa ia menempatkan lebih 71 ribu jemaah peziarah dari 1 hingga 9 Muharram.

4227378

tanda nama: Asyura Husaini
captcha