Dalam Surah al-Buruj «سوره البروج», Allah memuliakan syuhada dan mengkritik keras orang-orang yang memiliki hati yang membatu tidak mampu melihat kebenaran. Al-Quran berkata dalam Surah ini:
قُتِلَ أَصْحابُ الْأُخْدُود
"Celakalah kaum yang menggali parit - (untuk membakar orang-orang beriman)", (Qs, Al-Buruuj 85:4).
Orang-orang ini tidak berperikemanusiaan yang mengambil orang-orang yang beriman, melemparkan mereka ke parit dan membakarnya. Kemudian mereka menyaksikan pembakaran orang-orang mukmin di puncak parit itu.
Al-Quran mengatakan "kematian kepada mereka yang begitu keras hati menyeksa orang-orang beriman". Mereka membakar orang-orang itu kerana keimanannya kepada Allah SWT, mereka membakar lalu duduk menonton.
Berdasarkan ayat Al-Quran ini, dibolehkan melaknat (mengucapkan kematian) atas orang yang berlaku zalim.
Al-Quran juga berkata:
وَ سَیَعْلَمُ الَّذینَ ظَلَمُوا أَیَّ مُنْقَلَبٍ یَنْقَلِبُونَ
"Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali". (Qs, Asy-Syu'araa' 26:227).
Maknanya pada masa akan datang, orang yang zalim itu akan tahu bagaimana nasib mereka? Mereka akan tahu apa yang mereka lakukan dan dengan siapa mereka bertempur. Contoh manifestasi ayat ini ialah riwayat kejadian Karbala Imam Husain (as).
Juga Al-Quran berkata di tempat lain:
نَّا لا نُضیعُ أَجْرَ الْمُصْلِحین
"Kami tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik". (Qs, al-A'raf: 170).
Imam Husain (as) memberikan segala yang dimilikinya untuk Tuhan, Tuhan juga memberikan kepada Imam Husain (as) segala yang menjadi puncak kesempurnaan.
Dalam ayat yang lain, kita membaca:
وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
"Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa". (Qs, Al-Baqarah 2:177).
Allah memuji orang-orang yang tabah menghadapi segala jenis kesulitan dan penderitaan, semua kesusahan berada di Karbala dan mereka semua tabah.
Al-Quran berkata kepada Nabi (SAW):
وَ رَفَعْنا لَکَ ذِکْرَكَ
"Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (Qs, Ash-Syar-h 94:4).
Yang bermaksud; "Wahai Rasul kami, kami mengangkat namamu." Nama Hazrat menjadi terkenal dalam sejarah. Imam Husain (as) juga telah menerima kenaikan ini dan bendera Imam Husain (as) dikibarkan di setiap sudut dunia.
Puluhan ribu pertemuan diadakan pada bulan Muharram-Safar, orang ramai mengenal Al-Quran dan Islam, propaganda diberikan, bernazar, yang lapar diberi makan, yang ditindas dikenang, dan yang zalim diherdik, semua ini adalah rahmat al-Husain (as) bersama dengan Datuknya Rasulullah (SAW).
Al-Quran memetik daripada perkataan Nabi Isa (as):
وَ جَعَلَنی مُبارَکاً أَیْنَ ما کُنتُ
"Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada". (Qs, Maryam 19:31).
Maknanya Allah telah memberkati saya walau di mana saya berada. Sebagaimana kewujudan Nabi besar Islam (SAW), Imam Husain (as) dan Karbala juga telah diberkati.
Pemikiran Husaini, akhlak Husaini, ratapan Husaini, dakwah Husaini, semua ini telah bertukar menjadi rahmat dan peluang besar untuk menyebarkan Islam yang tulen - murni, agama Datuknya Imam Husain (as).
Al-Quran berkata:
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
"Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar". (Qs, Al-Maaidah 5:119).
Allah redha dengan mereka, mereka juga redha kepada Tuhan. Contoh terbaik dari kumpulan ini ialah Imam Husain (as) dan para sahabat setianya (ra), yang berkata dalam keadaan paling sukar di ketika penyembelihan: "Ya Allah, saya redha."