Laporan IQNA; Teks penuh surat adalah seperti berikut:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus." (Qs, al-Isra’;9).
Kami, komuniti para qari al-Quran di Republik Islam Iran, menulis surat ini dengan penuh rasa duka dan prihatin terhadap umat Islam; satu penderitaan bersama yang telah mengoyakkan hati setiap mukmin yang bebas jiwa pada hari ini.
Gaza - titik paling luka dalam tubuh umat Islam - kini sedang terhimpit antara sekatan dan perang, lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kanak-kanak yang tidak berdaya, wanita yang kelaparan, dan mangsa cedera yang tiada ubat serta perlindungan - inilah gambaran realiti Gaza hari ini.
Kini sudah tiba masanya suara al-Quran bukan sekadar dilantunkan dengan suara, tetapi dizahirkan melalui pendirian dan tindakan kita.
«و ما لکم لاتقاتلون فی سبیل الله و المستضعفین من الرجال و النساء و الولدان»
"Dan apakah sebabnya kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah dari kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak?". (Qs, al-Nisa’;75).
Salah satu jalan penting untuk menyelamatkan Gaza pada masa ini adalah dengan membuka pintu lintasan Rafah - satu-satunya laluan yang tertutup dan telah menafikan Gaza dari menghirup nafas kehidupan. Jika jalan ini dibuka, bukan sahaja makanan dan ubat-ubatan, bahkan harapan akan mengalir masuk ke Gaza.
Kami tahu bahawa kalian, para tokoh al-Quran di Mesir, mempunyai kedudukan istimewa dalam pemikiran awam, institusi-institusi keagamaan, bahkan dalam arena membuat keputusan negara.
Marilah kita menyampaikan suara al-Quran kali ini bukan hanya dengan bacaan, tetapi dengan tindakan dan pendirian yang teguh di sisi orang-orang yang tertindas - agar suara itu menggema ke seluruh dunia.
4297174