Laporan IQNA; Dalam temu bual dengan IQNA dari Kerman, Ruqayah Ezidi «رقیه ایزدی», pensyarah di Jabatan Sains Islam Universiti Azad, menjelaskan "Rahmatan lil alamin" sebagai salah satu sifat Nabi Islam (SAW) dan berkata: Menurut ayat 107 Surah Anbiya; "Rahmatan lil alamin"«رحمة للعالمین» adalah salah satu sifat Nabi Islam (SAW);
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
"Dan tiadalah kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam."
Allamah Tabatabai «علامه طباطبائی» menjelaskan sifat Nabi (SAW): Maksudnya, Rasulullah (SAW) adalah rahmat yang telah diutuskan kepada semua manusia, dan inilah yang diperlukan oleh keluasan misi kenabian baginda (SAW).
Dalam bahasa Arab, apabila huruf «الف و ل» bercantum, itu adalah tanda umum, dan kerana itu, boleh dikatakan bahawa baginda (SAW) adalah rahmat bagi manusia di dunia ini, sehingga hari kiamat, kerana baginda membawa agama yang penerimaannya membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sebagai jawapan kepada persoalan apakah kualiti terbaik Nabi (SAW) untuk mencapai gelaran "Rahmat untuk Alam Semesta", ulama Al-Quran ini menyatakan: Rasulullah (SAW) mencapai tahap kesempurnaan di mana beliau menjadi manifestasi yang sempurna dari belas kasihan Tuhan, Tuhan memperlakukan bukan sahaja semua manusia tetapi juga semua makhluk dengan belas kasihan dan kebaikan Nabi Allah (SAW) lebih baik kepada manusia daripada seorang bapa.
Dengan menyatakan bahawa Nabi (SAW) adalah perwujudan sempurna rahmat dan kasih sayang Allah, beliau menjelaskan: semua sifat, ciri dan asas kehidupan Nabi (SAW) adalah berdasarkan belas kasihan dan kasih sayang.
Guru Hauzah Fatimiah Kerman ini meneruskan untuk membincangkan contoh-contoh rahmat Nabi kepada alam semesta dan berkata: Nabi Besar (SAW) mendapat manfaat daripada "akhlak yang agung" «خُلقٍ عَظیم»; (Surah al-Qalam, ayat 4) dan «رَحمَةٌ لِلعَالَمین» (Surah Anbiya, Ayat 107), adalah contoh dan teladan akhlak yang mulia «مکارم اخلاقی» bagi semua manusia pada semua zaman.
Di samping itu, Al-Quran menyebut Rasulullah yang dikasihi Islam (SAW) sebagai teladan yang baik yang harus dipandang oleh semua orang;
لَقَدْ کَانَ لَکُمْ فِی رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
"Sesungguhnya dalam diri Rasulullah ada suri tauladan yang baik bagi kamu".
Hasilnya, baginda sebagai contoh manusia yang terbaik dan paling lengkap, sangat penyayang, peramah dan baik terhadap semua orang serta pemurah akhlak dan amal, oleh sebab itulah, selama 23 tahun kenabian, baginda dapat menarik perhatian banyak hati yang sesat kepada Agama Islam.
Pengajar Hauzah ini menyambung: Kami mempunyai banyak contoh belas kasihan baginda (SAW) kepada alam semesta. Satu dimensi ialah tingkah laku peribadi Rasulullah (SAW), yang boleh dilihat dalam menangani perbezaan, dan dimensi lain ialah tingkah laku dalaman; Kita lebih mengenali Nabi (SAW) dengan ciri-ciri tingkah lakunya, Allah berfirman di dalam Al-Quran:
مَا أَنْزَلْنَا عَلَیْکَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَی
"Kami telah menurunkan Al-Quran kepada kamu, Nabi (SAW) bukan sebab menyusahkanmu", kerana baginda sangat inginkan untuk memberi petunjuk kepada semua manusia sehingga mereka semua masuk syurga dan tidak ada yang masuk neraka." oleh itu Allah berfirman; Janganlah menyusahkan dirimu sendiri sebab ada manusia yang tidak beriman.
Pada akhirnya, Ezidi menyatakan bahawa ahli tafsir Syiah dan Sunni telah memberikan tiga makna untuk rahmat Nabi (SAW) dalam Al-Quran, iaitu sifat universal dan abadi dari misinya, kebahagiaan dan pengakhiran yang membahagiakan bagi semua orang, dan pencegahan hukuman azab Ilahi, maksud hukuman di sini ialah hukuman akibat kekufuran, yang mana Allah menghapuskan sesuatu kaum dengan menegaskan kekufuran mereka.
Dalam ayat 33 Surah Anfal, Allah berfirman kepada Nabi (SAW), yang bermaksud bahawa Allah tidak akan menghukum manusia selagi Nabi (SAW) berada di antara mereka.
Dalam tafsiran Safi « تفسیر صافی », Faiz Kashani «فیض کاشانی» menganggap selamat dari khasf «خَسْف» (tenggelam ke dalam tanah), cacat dan hancur oleh azab yang ditimpakan adalah sebagai contoh rahmat ini.
4237609