IQNA

Analisis;

Kelanjutan bicara Persatuan Umat Islam

17:53 - September 24, 2024
Berita ID: 3105157
IQNA - Majmak dunia taqrib mazahib Islam «مجمع جهانی تقریب مذاهب اسلامی» bersamaan dengan minggu wahdat umat Islam yang baharu sahaja berlalu telah menganjurkan pembentangan beberapa topik berkaitan dengan Isu; "Palestin dengan Badai Al-Aqsanya sebagai, puncak perpaduan negara dan umat Islam", Topik ini penting untuk memajukan matlamat perjuangan Pertahanan rakyat Palestin supaya masyarakat antarabangsa yang masih mempunyai kesedaran tidak berdiam diri terhadap pelaku jenayah keji kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis perampas dan pengganas.

Laporan IQNA; Salah satu makalah yang dibentangkan di webinar Wahdat Islamiah Majmak Dunia Taqrib Mazahib Islam dengan kandungan isi berikut; Kita perlu mengakui bahawa sumber kehidupan kita adalah dari Tuhan yang bernama "Allah" «الله» oleh itu kita telah diajar untuk sentiasa memulai segala kerja kita dengan menyebut namaNya, bismillah «بسم الله», Tuhan yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan, mulia, agong, perkasa dan indah, diantara sifatNya yang terkenal adalah Arrahmanu Rahim «الرحمن الرحیم», yang maha kasih sayang, memiliki sifat adil dan maha hebat ganjaran pahala dan azab-seksaNya juga amatlah pedih, yang telah mencipta dan memberi wujud dan kehidupan kepada kita manusia dan alam semesta dan juga tempat pengembalian kita;

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya hanya kepadaNya kita akan berpulang kembali”.

Allah juga mengajarkan manusia untuk menolak perlakuan zalim, dan diizinkan untuk melawan pelaku zalim secara berkeadilan.

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh dan teror), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”. (Qs, Al-Hajj 22:39).

Oleh itu Gerakan pertahanan rakyat Palestin yang tertindas mesti dijadikan sebab dan punca perpaduan pemimpin dan umat negara-negara Islam. Dengan mematuhi perintah Allah dan juga secara logika yang benar fitrah suci kemanusiaan, sudah pasti menolak pelaku zalim dan perlakuan zalimnya adalah tindakan mulia dan perjuangan menentang terhadap gerakan ceroboh dan teroris zionisme adalah menjadi jihad suci yang menjajikan pahala kemenangan ataupun kesyahidan yang tinggi di sisi Allah SWT bahkan Allah SWT menjajikan kehidupan yang memperolehi rezeki abadi di alam syurgaNya atau kemenangan untuk hidup mulia merdeka dan bebas menjalankan ketaatan kepada Allah SWT;

هَلْ تَرَبَّصُونَ بِنَا إِلَّا إِحْدَى الْحُسْنَيَيْنِ ۖ 
"(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid)". (Qs, At-Taubah 9:52).
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”. (Qs, A-li'Imraan 3:169).

Sekarang pelaku zalim adalah kelompok yang menamakan diri mereka sebagai kelompok zionis, yang muncul dari kumpulan orang-orang yang tidak memiliki kepercayaan yang benar terhadap Agama dan kemanusiaan, mereka hanya punya cara berfikir ingin berkuasa di atas bumi dan atas seluruh bangsa-bangsa di dunia.

Penentangan rakyat Palestin yang tertindas mestilah menjadi sebab perpaduan negara dan umat Islam.
Kelompok manusia zalim seperti zionis ini sudah ada disebutkan oleh kitab suci Islam; diantara manusia ada yang menganggap diri tinggi dan besar dari manusia yang lain tampa ada sifat-sifat mulia secara akal dan syariat Agama, malah mereka menentang akal dan agama, mereka tidak mempercayai Tuhan yang memiliki sifat-sifat yang akan menghukum orang zalim dan akan memberi ganjaran pahala kepada pelaku kebaikan dan keadilan, sosok Firaun yang diperkenalkan oleh Al-Quran adalah sosok pengingkar Tuhan dan merasa diri berkuasa sehingga melakukan berbagai kerosakan membunuh dan menjajah manusia lain; Allah SWT berfirman;

إِنَّ فِرۡعَوۡنَ عَلَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلَ أَهۡلَهَا شِيَعࣰا يَسۡتَضۡعِفُ طَآئِفَةࣰ مِّنۡهُمۡ يُذَبِّحُ أَبۡنَآءَهُمۡ وَيَسۡتَحۡيِۦ نِسَآءَهُمۡۚ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ
“Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan”. (Qs Al-Qasas 28:4).

Kelompok Zionis adalah mengulangi perlakuan Firaun dan Nazi Jerman, yang kedua penguasa ini pernah berlaku zalim atas kaum Yahudi di zamannya, tetapi pada zaman kontemporari ini ada sekolompok orang yang menamai diri mereka sebagai kelompok Yahudi zionis yang justeru kembali mengulangi kejahatan Firaun dan Nazi terhadap umat beriman kepada Allah iaitu umat Islam Palestin bahkan lebih ganas dari Firaun yang membiarkan hidup kaum wanita dan hanya membunuh kaum lelaki, tetapi kejahatan zionis di zaman ini, malah semua jenis dibunuh; lelaki, wanita, kanak-kanak dan apa yang disebut pembunuhan berama-ramai atau genosid sedang berlaku atas rakyat Palestin yang dilakukan oleh rejim zionis Israel, oleh itu sudah pasti ini satu kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk segera menyatukan barisan melawan kejahatan Yahudi zionis ini kerana mereka sememang tidak akan redha kepada umat Islam dan agama Islam, hal ini sudah Allah beri peringatan kepada orang-orang yang beriman:

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ 
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad dan umat Islam) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". (Qs, Al-Baqarah 2:120).

Keimanan kepada Allah SWT adalah garis merah kelompok umat manusia, yang membagi dua watak manusia menjadi orang beriman atau menjadi orang kafir. Kelompok zionis adalah menunggangi agama Yahudi dan memiliki pemikiran yang sentiasa bermusuhan dengan umat Islam dan berusaha mempelesongkan umat Islam dan umat manusia yang lain untuk tidak dapat mencapai pengajaran murni agama Islam, oleh itu umat Islam mesti bersatu menghadapi kecerobohan penganut Yahudi zionis ini iaitu yang sedang mengisytiharkan perang terbuka dengan umat Islam, mereka telah banyak membuat serangan yang merosakkan kehidupan umat Islam, mereka membentuk gerakkan terorisme global untuk membuat umat Islam tidak aman, mereka membuat tipu daya, menyebarkan isu Islamofobia dan pelbagai taktik dan agenda merosakkan nama baik umat Islam, tentu sahaja sudah semestinya umat Islam segera menyusun perpaduan dan kesatuan langkah untuk mengadakan penentangan secara menyeluruh, tegas dan tegar berhadapan dengan kejahatan dan tipu daya gerakan zionisme global yang amat merugikan umat Islam bahkan merugikan umat manusia bebas yang ingin mendapatkan hidayah dari ajaran agama yang benar ini agama yang sesuai dengan kemuliaan dan kesucian fitrah manusia iaitu ajaran agama Islam.

Penubuhan rejim Zionis Israel Punca Kerosakan dan ketidakamanan di dunia

Sejak adanya isu penubuhan rejim zionis Israel tahun 1948 di Kawasan Asia barat, tepatnya di tanah air warga peribumi Palestin, nilai-nilai kemanusian global menjadi merosot, kerana berdirinya negara ini, tatanan dunia menjadi penuh dengan skandal kebiadaban dan rasuah dalam kehidupan masyarakat dunia, sistem perbudakan manusia ala baru, penjualan wanita dan kanak-kanak bahkan perlakuan fasad pernikahan sejenis yang ditunjang oleh perbolehan undang-undang buatan yang menentangi kesucian syariat Tuhan, penipuan, pemalsuan, pengedaran dan penjualan haram dan sistem riba Yahudi sudah meluas dan dilaksanakan secara biasa normal, dan rejim zionis Israel menjadi markas kelakuan fasad ini; padahal ini sebagai perlakuan kejam penjajahan moden yang sengaja diagendakan oleh para kapitalis Yahudi zionis, segala macam cara pembunuhan, pengrosakan dan pengusiran warga muslim peribumi Palestin telah dibuat oleh rejim perampas ini, yang disokong oleh elit politik negara-negara Eropah barat dan Amerika Syarikat yang merasa berkuasa atas warga di seluruh dunia, kerana mereka menjadi pihak yang menang masa perang dunia ke II, lalu diikuti oleh politik hegemoni ke atas negara-negara lain yang lemah yang menjadi sasaran rebutan sebagai tanah jajahan cara baru, seakan semua penindasan menjadi normal diperlakukan ke atas warga-warga asli tempatan di seluruh dunia, seperti yang diperlakukan ke atas warga muslim Palestin dan warga-warga dunia yang lain yang dianggap lemah dari segi pemilikan kemajuan ilmu dan teknologi senjata perang dan alat-alat kerja pembangunan jalan, pasar dan kota, atau bandar dengan alasan memajukkan tatanan dunia baru dengan menggunakan projek perluasan dan pembukaan bandar-bandar baru untuk kepentingan kuasa perekonomian segelintir orang dari kelompok penganut pemikiran kuasa kapitalisme yang memandang kelompok lain umat manusia sebagai hamba-hamba yang dipekerjakan untuk keuntungan bos-bos komponi-komponi besar yang duduk di kursi-kursi kuasa modal di negara-negara Eropah dan Amerika dan telah merambat ke dunia Timur, Arab  dan Asia.

Ajaran Tuhan untuk perbaikan umat manusia telah banyak diselewengkan, padahal umat manusia dicipta oleh Tuhan Yang maha Esa, yang mengajarkan di mana terdapat kelakukan penyelewengan atas kehormatan hidup kemanusiaan maka semua umat manusia seluruh dunia akan merasakan kesan penyelewengannya.

كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ 
“Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau tidak melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya". (Qs, Al-Maaidah 5:32).

Hanya Peradaban Islam Penyelamat umat manusia

Peradaban dunia semakin menjelaskan bahawa hanya peradaban yang didasari ajaran Islamlah yang sempurna mengangkat darjah kehormatan manusia, perilaku orang-orang barat Nasrani dan Yahudi zionis yang sekarang juga diikuti penganut agama Hindu India ekstrem yang memperlakukan secara kejam dan apartheid terhadap warga muslim di India sebagai efek kejahatan yang dibuat oleh rejim zionis Israel yang telah melakukan penjajahan atas umat manusia menunjukkan ketidaklayakan mereka untuk menjadi ikutan bagi umat bebas dunia khususnya umat Islam, oleh itu umat Islam dan manusia berakal bebas mesti menentangi cara biadab kelompok-kelompok pengganas dari kalangan manapun terutama yang sedang dilakukan oleh rejim zionis ini, Penentangan rakyat Palestin terhadap kelakuan rejim zionis yang menindas mereka adalah perlu menjadi punca perpaduan negara dan umat Islam bersama umat kemanusiaan bebas dunia untuk membenteras siapa sahaja yang melakukan keganasan dan perampasan hak asasi manusia yang diukur oleh keadilan fitrah penciptaan dan tatanan normal semula yang berakar dari pendudukan kewargaan asli bangsa-bangsa di dunia dan mengembalikan hak milik yang dirampas kepada pemilik aslinya yang dinilai secara keredhaan dan pola hidup bersama yang damai dan adil untuk mencapai kesejahteraan manusia yang berperadaban yang telah Tuhan tetapkan sebagai menghormati dan memuliakan umat manusia.

Rejim zionis perlu diberhentikan keganasan perangnya dengan cara umat Islam dan umat dunia yang bebas perlu bersatu untuk mencabut akar keganasan rejim zionis dengan mengeluarkan resolusi pembubaran rejim zionis dan mengadakan pengisytiharan kemerdekaan negara Palestin, semua warga asing pendatang sebagai warga rejim zionis diperbolehkan Kembali ke negara asal mereka, dan para elit politik rejim zionis perlu keluar dari tanah air Palestin untuk berhenti memaksakan perang yang sudah berkepanjangan ini dan telah mengorbankan banyak jiwa warga Palestin, kanak-kanak, Wanita dan warga sipilnya. 

Barisan Pertahanan Muqawamah Islam di seluruh dunia khususnya di Palestin pastikan perjuangan terus hingga rejim zionis runtuh dan diisytiharkan diperhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu bahwa rejim apartheid zionis Israel dihapus dari muka bumi dan para elit politiknya perlu meninggalkan tanah air Palestin sehingga rakyat dan negara Palestin merdeka secara penuhnya dan mereka akan membangun kembali kehidupan berbangsa dan bernegaranya secara semula normal damai dan aman, dengan cara ini sahaja keputusan penyelesaian yang perlu untuk dibentangan sebagai usulan atau pilihan yang sebenarnya berdasar keadilan dan menunaikan penghormatan terhadap hak asasi warga negara Palestin. 

Tentu kita perlu merumuskan cara untuk menghadapi Zionisme global dan cara untuk menubuhkan negara Palestin, yang memerlukan sokongan seluruh umat Islam dunia khususnya wakil-wakil negara-negara muslimin yang berada di pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk kompak mengundi menentang penubuhan rejim Zionis Israel di bumi Palestin, kerana terbukti selama masa panjang hampir satu abad, rejim ini menjadi punca segala ketidakamanan di Asia barat bahkan di seluruh dunia ia menjadikan bangsa-bangsa dunia menjadi mangsa jajahan ekonomi, budaya dan ideologi, khususnya bangsa-bangsa muslimin telah diteror dan hanya mereka yang mahu menjadi pengikut zionis yang selamat dari penindasan rejim apartheid ini.

Tentu umat Islam tidak boleh menerima kelakukan keji rejim zionis yang hanya memikirkan kuasa absolud hawa nafsu setan mereka, umat Islam memiliki kepercayaan bahawa yang penguasa absolud hanyalah kekuasaan Allah SWT, umat manusia mestilah layak hanya mengikuti dan mentaati Allah SWT yang melarang berlaku zalim atas sesama umat manusia.

*Siri Kajian Sekhah Ali; Kemerdekaan Hak semua bangsa di atas tanahair bumi pertiwinya - Persatuan Umat Islam menolak penjajahan.

captcha