IQNA

Presiden di majlis penghormatan Makhtumqali Faragi:

Wacana dialog dan perdamaian adalah keperluan masyarakat antarabangsa hari ini

16:31 - October 11, 2024
Berita ID: 3105238
IQNA - Presiden menyatakan bahawa mengikut ayat; «وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ » adalah cara terbaik dan paling berkesan untuk mencegah sebarang kemunafikan dan mewujudkan perpaduan dalam erti kata sebenar dalam dunia yang bergolak sekarang.

Laporan IQNA; memetik pangkalan maklumat presiden, Masud Pezesykian «مسعود پزشکیان», pagi ini pada majlis memperingati ulang tahun ke-300 penyair Turkmen « ترکمن» terkenal "Makhtumqali Faragi" «مختومقلی فراغی» menyatakan: sejauh mana pengaruh dan kesan kesusasteraan besar Timur, tidak ada bandingannya dari sudut keghairahan dan ilmu serta syair-syair Makhtumqali sebagai khazanah akhlak mulia turut dimasukkan dalam epik karya sastera ini. 

Dalam kepercayaan penyair agung ini, agama Islam tidak mempunyai tujuan selain kebahagiaan manusia, dan ia muncul untuk menyempurnakan akhlak dan memupuk serta meninggikan ruh manusia.

Teks penuh ucapan presiden dalam majlis ini adalah seperti berikut;


بسم الله الرحمن الرحیم
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Pertama sekali, Saya dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada Encik Sardar Berdimohamedov «بردی محمداف رئیس», presiden yang mulia, dan juga Encik Gurbanguly Berdimohamedov «قربانقلی بردی محمداف», pemimpin negara Turkmenistan yang dihormati, kerana menjemput saya dan menganjurkan mesyuarat kebudayaan penting memperingati keperibadian hebat dan mistik Penyair; Makhtumqali Faragi dengan tajuk; «ارتباط متقابل اعصار و فرهنگ‌ها؛ زیربنای صلح و توسعه» "Saling Sambungan zaman dan budaya; atas asas keamanan dan pembangunan" di bandar «عشق‌آباد» Asyqabat.

Di wilayah politik dan budaya yang hebat di mana Iran dan Turkmenistan terletak di tengah-tengah hari ini, dan pada zaman Seljuk, penyair dan ahli sejarah telah menyebut sempadannya dari Jihun ke Euphrates dan kadang-kadang dari Kashghar ke Aleppo, orang telah hidup secara aman sejak dahulu lagi yang, walaupun mempunyai kepelbagaian dalam etnik dan bahasa, tetapi mempunyai warisan tamadun dan budaya yang sama.

Di wilayah yang luas ini, struktur budaya telah lebih kurang seragam dan koheren. Walaupun wujudnya kumpulan etnik yang berbeza, bahasa, dialek, dan loghat yang berbeza, serta kebangkitan dan kejatuhan dinasti kerajaan yang berbeza, manifestasi budaya kawasan yang besar ini sentiasa disiram oleh sumber air yang sama. Oleh itu, pelbagai manifestasi budaya, seni dan kesusasteraan adalah hampir sama dan dekat sehingga tidak dapat digambarkan dan dibenarkan kecuali dengan mengambil kira satu prasarana budaya.

Hubungan dan persahabatan antara dua negara besar Iran dan Turkmenistan, sebagai dua jiran yang mempunyai sempadan yang panjang, sentiasa mesra, persaudaraan, membina dan berdasarkan kepentingan bersama dan mempunyai trend yang berkembang dan seimbang dalam semua bidang politik, ekonomi dan budaya.

Bahagian penting dalam sejarah, kesusasteraan dan budaya rakyat Iran mempunyai hubungan yang tinggi dengan orang-orang tamadun Asia Tengah, dan ia adalah seperti cahaya yang bersinar dari prisma dan telah membuat dunia di sekeliling kita tenggelam dalam kemegahannya dan keluasan yang mengasyikkan. 

Kewujudan agama Islam dan penyebaran ritual Islam dari Iran dan Asia Tengah dan pertukaran budaya dan agama bersama yang diwujudkan, bersama dengan pertalian bahasa antara orang Iran dan kumpulan etnik yang tinggal di Asia Tengah, juga telah menambahkan kemakmuran dan kecemerlangan kekayaan tamadun yang dikongsi bersama ini.

Konsistensi dan kemampanan hubungan mesra antara negara berpunca daripada aktiviti dan kebimbangan para ulama dan pengulas etika dan kerohanian. Pertukaran idea dan interaksi budaya antara kumpulan manusia terbentuk di luar kehendak kerajaan dan tidak mengenal sempadan. Dalam pada itu, peranan lagenda puisi dan sastera kita seperti Ferdowsi, Rudaki, Saadi dan Khayyam dan banyak lagi bintang di langit sains dan seni, dalam memperkenalkan budaya murni dan kekayaan tamadun Timur Tengah tidak terselindung daripada sesiapa sahaja.

Penulis dan penyair hebat kita "Makhtumqali Faragi" juga merupakan contoh terkemuka kursus tamadun ini dan pembawa bendera ketinggian budaya dan bahasa Turkmen. Seseorang yang telah meninggalkan pengaruh yang layak dan penting dalam pembangunan konsep manusia yang berharga semasa hidupnya yang bermanfaat, dan daya tarikan seni dan puisinya yang indah telah mengharumkan Golestan/taman bunga kesusasteraan kita.

Banyak sebab kelangsungan adat, tradisi dan dialek bahasa kita adalah kerana usaha besar ulama tua dahulu yang telah berkorban nyawa. Jika bahasa Parsi telah melihat penyair hebat seperti Ferdowsi untuk kebangkitannya, bahasa dan kesusasteraan Turkmen juga berhutang usaha penyair dan penulis hebat seperti Makhtumqali, yang telah meninggalkan peranan yang tidak boleh diganti untuk pemeliharaan kesusasteraan Turkmen. 

Mungkin kebimbangan terbesar Makhtumqali ialah pemeliharaan maruah manusia dalam konteks peristiwa yang masih mengancam dan mempengaruhi alam sekitar kita.

Memberi perhatian kepada kerohanian, etika, keadilan, kebebasan, perpaduan, persamaan hak asasi manusia, bersama-sama dengan memberi perhatian kepada pemahaman yang betul tentang konsep Islam dan kecintaan kepada Ahlul-Bayt, kesucian dan kemurnian kerohanian, adalah manifestasi pemikiran dan intelektual, sistem mistik yang hebat ini. Puisi dan karya Diwan yang ditinggalkannya bercakap tentang lautan tema moral, politik, sosial dan budaya yang mengingatkan kita tentang keluasan pemikirannya dan kekayaan kata-katanya.

Sejauh mana pengaruh dan kesan kesusasteraan Timur yang mengagumkan telah memaparkan sudut keghairahan dan kemajuan ke arah ilmu pengetahuan, dan puisi Makhtumqali juga merupakan khazanah kandungan moral dalam epik karya ini. 

Dalam kepercayaan penyair agung ini, agama Islam tidak mempunyai tujuan selain kebahagiaan manusia, dan ia muncul untuk menyempurnakan akhlak dan memupuk serta meninggikan ruh manusia.

Kita, bersama-sama dengan ulama tua kita, percaya bahawa Islam, agama keamanan dan persaudaraan, dan perutusan Nabi Suci Islam (SAW), hanyalah untuk menyempurnakan kebajikan akhlak. 

Salah satu isu yang ingin saya perkatakan ialah wujudnya konspirasi tersembunyi untuk perbezaan dan mewujudkan permusuhan antara agama Islam. Isu yang perlu diberi perhatian oleh seluruh masyarakat Islam. Bahagian penting dunia Islam berada di bawah ancaman ekstremisme dan pertumbuhan kumpulan yang melihat falsafah kewujudan mereka dalam suntikan perpecahan dan perbezaan masyarakat Islam. Apabila ulama tua kita seperti Makhtumqali bercakap tentang perpaduan dan kesatuan masyarakat Islam, mereka sangat menyedari sudut gelap dan penderitaan perbezaan dan perpecaah.

Bersandar pada ayat; «وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ »* adalah cara terbaik dan paling berkesan untuk mencegah sebarang kemunafikan dan mewujudkan perpaduan dalam erti kata sebenar dalam dunia yang bergolak hari ini.

Pandangan perpaduan dan mewujudkan keharmonian bukan sahaja khusus untuk masyarakat Islam, tetapi bercakap tentang keamanan dan memperdalam ukhuwah serta membina wacana keharmonian adalah keperluan masyarakat antarabangsa hari ini, tetapi dalam peralihan ini, banyak komponen unilateralisme telah mengganggu kewujudan bersama masyarakat manusia.

Kita melihat contoh yang jelas mengenainya hari ini di Palestin dan mengabaikan hak negara yang mempunyai sejarah, budaya dan unsur identitinya sendiri. Apabila kita bercakap tentang kekejaman dan ketidakadilan, imej penderitaan saudara semuslim kita yang tertindas di Gaza terpahat dalam fikiran kita. Kedalaman krisis Gaza dan kekejaman yang digunakan dalam perang yang tidak sama rata ini dan serangan kejam yang berterusan ke atas bandar-bandar Lubnan tidak dapat digambarkan.

Antara topik dan contoh puisi Makhtumqali yang lain ialah pemahamannya yang betul terhadap moral kemanusiaan dan ketakutannya terhadap memaharajalela kejahilan dan kemudaratan yang boleh membawa masyarakat manusia ke arah kepimpinan prejudis buta yang jauh dari akhlak, sebaliknya maksiat dan menjauhi kerohanian telah semarak pada zaman kita selama bertahun-tahun.

Akhirnya, saya menghargai peluang ini dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Turkmenistan sekali lagi kerana mengadakan pertemuan kebudayaan yang penting ini. Saya berharap dengan memperkukuh dan mengembangkan kerjasama budaya dan khususnya mengadakan upacara yang serupa, kita telah mengambil langkah penting dalam bidang pengenalan yang layak terhadap khazanah sastera kita bersama.

*(Qs, A-li'Imraan 3:103): «وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ »
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai".

4241763

tanda nama: perpaduan umat islam
captcha