IQNA

Nota; Sempena Haul ke5;

Allahyarham Haji Qasim Suleimani contoh yang jelas bagi Ayat Al-Quran

15:27 - January 03, 2025
Berita ID: 3105686
IQNA - Allah SWT berfirman; وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ - "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya". (Qs, An-Najm 53:39).

Laporan IQNA; Syahid Hj.Qasim Suleimani «شهیدحاج قاسم سلیمانی», sebagai seorang yang murni dan jujur, menggegarkan dunia, khususnya negara-negara rantau ini, dengan pemergiannya. Seperti yang dikatakan oleh Pemimpin Tertinggi dalam hal ini: Kesyahidan Syahid Soleimani menunjukkan semangat revolusi kepada dunia.
Fakhr al-Sadat Huseini «فخرالسادت حسینی», seorang pakar kebudayaan, menulis dalam nota yang dia sediakan untuk IQNA sempena ulang tahun kelima kesyahidan Sardar Soleimani di bawah tajuk "Haji Qasim, contoh jelas ayat; "وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ ".

Lima tahun telah berlalu sejak kesyahidan orang besar dan pelopor kemenangan, "Hj.Qassem Soleimani" dan "Hj.Abu Mahdi Al-Muhandis" «حاج قاسم سلیمانی» و «حاج ابومهدی المهندس», semoga Allah SWT merahmati keduanya, dan ingatan mereka masih dalam fikiran dan hati rakyat Iraq. Kami masih mengingati para syuhada dan sangat berterima kasih atas pengorbanan besar mereka untuk Iraq dan rantau ini. Mereka bersama kita, mereka hidup dalam hati kita, mereka hadir dalam pergerakan dan keheningan kita.

Kesedihan yang terpancar di mata para pecinta Hj.Qasim adalah gambaran luahan emosi yang berbeza; Kesedihan, keinginan untuk membalas dendam, kesabaran, redha dengan takdir Allah, dan redha capai kehormatan syahid yang dikurniakan kepada panglima tercinta, hanya dapat dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang istimewa sepertinya.

Syahid Soleimani, sebagai seorang yang murni dan jujur, menggegarkan dunia, khususnya negara-negara rantau ini, dengan pemergiannya. Seperti yang dikatakan oleh Pemimpin Tertinggi dalam hal ini: kesyahidan Soleimani menunjukkan semangat revolusi kepada dunia, atau Senator Amerika Chris Murphy berkata tentang kehebatan watak ini: Soleimani sebagai syahid justeru boleh menjadi jauh lebih berbahaya bagi Amerika.

Dia adalah "Malik Asytar" Syed Ali «مالک اشتر سید علی» dan pelindung negara Iran, Encik Ferdowsi memperkenalkan mitos kepahlawanan yang dipanggil "Arasy" bhs.Farsi «آرش», dan selepas 1000 tahun kita melihat Arasy sebenar berwajah Hj.Qasim Soleimani, yang menjaga sempadan Iran dengan nyawanya.

Sardar Soleimani adalah seorang yang berani yang dibanggakan oleh negara Iran dan pencapaiannya. Perasaan Huseini ini, yang disebabkan oleh kesyahidan Sardar Delha bhs.Farsi «سردار دل‌ها» "Panglima kekasih hati", menyatukan bukan sahaja rakyat Iran tetapi semua pencari kebebasan di dunia.

Hj.Qassem Soleimani adalah petanda, petunjuk agar kita tidak tersesat. Haji Qassem Soleimani adalah wajah penentangan - muqawamah antarabangsa dan wajah sebenar seorang Muslim di dunia, beliau adalah contoh yang jelas dari ayat Al-Quran;

 وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ 
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya/hasil usahanya". (Qs, An-Najm 53:39). 

Syahid Soleimani harus dilihat dari sudut yang berbeza dan dikenali dalam dimensi yang berbeza. Mengenai sudut keperibadian Haji Qasim, kita menghadkan diri kepada aspek ketenteraan dan meraikannya, manakala watak ini harus dianalisis dari sudut budaya dan sosial serta dimensi lain.

Kesyahidan Sardar Soleimani, Abu Mahdi Al-Muhandis dan rakan-rakan mereka bukanlah penamat, tetapi titik perubahan yang mengubah kondisi serantau dan antarabangsa.

Pada penghujung kenyataan, perkara ini patut dipertimbangkan dan tepat; Kerana mengatakan dengan penuh keyakinan bahawa ISIS akan dimusnahkan dalam masa tiga bulan dan ia berlaku, sama seperti pemimpinnya yang mengatakan bahawa "Israel tidak akan melihat dua puluh lima tahun lagi" yang insya-Allah akan berlaku juga.

4257037

captcha