IQNA

Amalan bulan Dzulhijjah dan keutamaan 10 hari istimewa Allah

14:29 - May 28, 2025
Berita ID: 3106467
IQNA - Bulan Dzulhijjah yang penuh keberkatan, termasuk "Hari-hari yang dimaklumkan" «ایام معلومات», adalah salah satu bulan yang paling mulia, dan keberkatannya dapat dinikmati dengan shalat, beramal, berpuasa, membaca Surah Fajr, dan...

Laporan IQNA; Hari ini bertepatan dengan hari pertama bulan Dzulhijjah yang istimewa dan penuh keberkatan; bulan yang bukan sahaja disebut di dalam al-Quran, malah Rasulullah (SAW) dan para Imam yang maksum (AS) juga telah memperkatakan tentang keutamaannya.

Dalam surah Hajj ayat 28, Allah berfirman: 

لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
“Supaya mereka menyaksikan faedah-faedahnya dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan atas rezki yang telah Allah kurniakan kepada mereka, maka makanlah daripada binatang-binatang ternak itu dan berilah makan kepada orang-orang yang fakir dan miskin”. 

Ayat ini bercakap tentang "Hari-hari yang dimaklumkan" di mana orang beriman harus mengingati Allah pada hari-hari ini. Salah satu tafsiran yang masyhur dari perkataan "hari-hariyang dimaklumkan" yang disebutkan dalam riwayat-riwayat ialah 10 hari pertama bulan Dzulhijjah, baik malamnya mahupun hari-harinya adalah istimewa.

Juga dinyatakan dalam beberapa riwayat bahawa sepuluh malam yang Al-Quran bersumpah dalam Surah al-Fajr "Dan fajar dan sepuluh malam" adalah malam-malam sepuluh hari pertama bulan ini.

Sudah tentu, umat Islam tidak sepatutnya menyangka bahawa bulan Dzulhijjah, khususnya 10 hari pertamanya, dikhaskan untuk jemaah haji. Sebaliknya, kita dapat memperoleh keutamaan yang diletakkan pada bulan ini dan hari-hari maklumannya, sama ada kita berada di bumi wahyu atau tidak, dengan melakukan amalan yang dianjurkan oleh Nabi dan para Imam yang maksum.

Dalam sebuah riwayat daripada Rasulullah (SAW), kita membaca bahawa ibadah dan amal soleh tidaklah semulia mana-mana hari seperti pada 10 hari pertama Dzulhijjah. Oleh itu, setiap amalan baik dan ibadah di bulan ini dan hari-hari istimewanya boleh menjanjikan untuk mendapat kebajikan, tetapi terdapat juga amalan khusus yang dianjurkan untuk hari-hari ini, antara yang paling penting disebutkan dalam artikel ini; untuk mengkaji lebih terperinci tentang amal hari-hari maklumat dan bulan Zulhijjah, boleh rujuk kitab Mafatih al-Janan.

Bagi bulan Dzulhijjah, khususnya 10 hari pertama, terdapat banyak doa dan amalan yang dianjurkan, termasuk amalan berikut;

Solat
Imam Sadiq (AS) berkata: Ayahku, Imam Baqir (AS) memberitahuku: Anakku! Pada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah (dari malam pertama bulan tersebut hingga malam Idul Adha), jangan tinggalkan dua rakaat solat ini setiap malam antara solat Maghrib dan Isya. 

Pada setiap rakaat, kamu membaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas, kemudian bacalah ayat ini: 

 وَ وَاعَدْنَا مُوسَی ثَلاَثِینَ لَیْلَةً وَ أَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِیقَاتُ رَبِّهِ أَرْبَعِینَ لَیْلَةً وَ قَالَ مُوسَی لأَخِیهِ هَارُونَ اخْلُفْنِی فِی قَوْمِی وَ أَصْلِحْ وَلاَ تَتَّبِعْ سَبِیلَ الْمُفْسِدِینَ
"Dan kami berjanji kepada Musa tiga puluh malam, dan Kami penuhi dengan sepuluh malam, maka kami penuhi miqat Tuhannya empatpuluh hari. Pada malam hari, Musa berkata kepada saudaranya Harun, jadilah penggantiku di tengah umatku dan perbaikilah dan tidak mengikuti jalan orang-orang yang fasik". (Qs, A'raf/142). 

Jika anda menunaikan shalat ini, anda akan mendapat bahagian dalam pahala haji dan amalan haji mereka.

Puasa
Dalam sebuah riwayat, Imam Musa Kazim (AS) berkata: Sesiapa yang berpuasa sembilan hari pertama Dzulhijjah, Allah akan menulis untuknya pahala puasa sepanjang hayatnya.

Menyebut Lima zikir berikut;
Imam Baqir (AS) berkata: Allah mengutus lima doa sebagai hadiah kepada Isa (AS) melalui Jibril, supaya dia dapat membacanya selama sepuluh hari ini. 

Jika seseorang membaca setiap lima zikir ini 10 kali setiap hari, dia telah mengamalkan riwayat tersebut. Lima zikir tersebut adalah seperti berikut:

اَشْهَدُ اَنْ لااِلهَ اِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لا شَریکَ لَهُ، لَهُ الْمُلْکُ وَلَهُ الْحَمْدُ، بِیَدِهِ الْخَیْرُ، وَهُوَ عَلی کُلِّ شَیْء قَدیرٌ.
اَشْهَدُ اَنْ لا اِلـهَ اِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لاشَریکَ لَهُ، اَحَداً صَمَداً، لَمْ یَتَّخِذْ صاحِبَةً وَلا وَلَداً.
اَشْهَدُ اَنْ لا اِلـهَ اِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لا شَریکَ لَهُ، اَحَداً صَمَداً، لَمْ یَلِدْ وَلَمْ یُولَدْ، وَلَمْ یَکُنْ لَهُ کُفُواً اَحَدٌ.
اَشْهَدُ اَنْ لا اِلهَ اِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لا شَریکَ لَهُ، لَهُ الْمُلْکُ وَلَهُ الْحَمْدُ، یُحْیی وَیُمیتُ، وَهُوَ حَیٌّ لا یَمُوتُ، بِیَدِهِ الْخَیْرُ، وَهُوَ عَلی کُلِّ شَیْء قَدیرٌ.
حَسْبِیَ اللهُ وَکَفی، سَمِعَ اللهُ لِمَنْ دَعا، لَیْسَ وَرآءَ اللهِ مُنْتَهی،اَشْهَدُللهِ بِما دَعا،وَاَنَّهُ بَریءٌ مِمَّنْ تَبَرَّءَ، وَاَنَّ لِلّهِ الاْخِرَةَ وَالاْولی.

Membaca Surah Fajr
Diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Rasulullah (SAW): Sesiapa yang membaca Surah Fajr pada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, akan diampunkan dosanya, dan jika dibaca pada hari-hari yang lain, ia akan menjadi sumber cahaya baginya pada hari kiamat.

Membaca zikir Hazrat Fatimah (AS) dan membacanya selepas solat (zikir yang diriwayatkan daripada Imam Sadiq (AS)) juga adalah antara amalan lain yang dianjurkan selama 10 hari ini.

4284889

 

tanda nama: Dzilhijjah
captcha