Laporan IQNA; Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 197, disebutkan:
«الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ»
"Haji itu dalam beberapa bulan yang telah ditentukan, maka sesiapa yang telam mencapai kewajipan haji, maka tidak ada persetubuhan , tidak ada kemaksiatan, dan tidak ada pertengkaran dalam haji, dan apa yang kami perbuat kebaikan, Allah mengtahuinya dan siapkanlah bekal dan sebai-baik bekal adalah ketakwaan dan bertakwalah wahai pemilik akal".
Perkataan "rafath" «رفث» bermaksud persetubuhan dan "fusuq" «فسوق» bermaksud berdusta, memfitnah, berdebat/pertengkaran, dan berkata ; "Tidak, demi Allah" «لا واللَّه» dan "Ya, demi Allah."
Ayat ini menunjukkan bahawa kewajipan ilahi ini disertai dengan sekatan akhlak dan tingkah laku. Perbuatan seperti berkata-kata lucah, derhaka dan bertengkar adalah dilarang semasa mengerjakan haji dan diutamakan menjauhinya. Al-Quran kemudiannya mengingatkan kita:
«وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَیْرَ الزَّادِ التَّقْوَى»
“Dan bekalkan diri kamu, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah takwa,”.
Yang bermaksud memberi rezeki kepada jalan kerohanian manusia.
Dalam ayat ini, takwa diperkenalkan bukan sahaja sebagai matlamat haji, tetapi juga sebagai "bekal terbaik" «خَیْرَ الزَّادِ» dalam perjalanan Haji, oleh itu, adalah upacara di mana mengamalkan tingkah laku moral, meninggalkan ego, dan memberi tumpuan kepada perhambaan murni membentuk paksi utama untuk Haji.
3493312