IQNA

Pemikir Bahrain dalam webinar Iqna:

Dalam pemikiran Imam (RA), Haji adalah tugas agama-politik yang tidak dapat dipisahkan

15:58 - June 03, 2025
Berita ID: 3106496
IQNA - Syeikh Abdullah Daqaq «شیخ عبدالله دقاق » menekankan tentang pemikiran Imam Khomeini (RA) tentang Haji: Dalam pemikiran Imam Khomeini yang agung, haji tidak bermakna tanpa mengisytiharkan berlepas diri dari orang-orang musyrik dan merupakan kewajipan ketuhanan agama-politik yang tidak boleh dipisahkan.

Laporan IQNA; Hari ini, 3 Jun, dalam webinar "Imam Khomeini yang Agung; Model Pembaharuan dalam Dunia Islam" yang diadakan di IQNA sempena ulang tahun ke-36 pemergian Imam Khomeini (RA), pengasas besar Revolusi Islam Iran, beliau memberikan ucapan mengenai topik "Haji dan Perkembangan Ideologi yang paling penting dalam Gerakan Dunia Islam dan Pergerakan Ideologi Islam, dimensi fikih dan politik haji dari perspektif Almarhum Imam Khomeini (RA); Video ucapan HujjatulIslam wal-Muslimin Daqaq dalam webinar dengan sarikata Parsi ini.

Teks ucapan Syeikh Daqaq adalah seperti berikut:

بسم الله الرحمن الرحیم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran: 

وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ
“Dan pengisytiharan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari haji yang agung bahawa Allah bebas daripada orang-orang musyrik: Dan ini adalah pengisytiharan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari haji yang besar [= hari Aidul Adha] bahawa: Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripada orang-orang musyrik” (Qs, At-Taubah; 3).

Menurut Imam Khomeini (RA), haji tidak bermakna tanpa berputus hubungan dengan orang musyrik. Terdapat kontrak positif dan kontrak negatif. Anda mengucapkan "La ilaha illallah". Ini adalah kontrak negatif yang menafikan ketuhanan selain daripada Tuhan, dan ada kontrak positif iaitu Allah, bermakna kamu percaya kepada kewujudan Tuhan Yang Maha Esa, dan di sampingnya ada kontrak negatif yang menafikan ketuhanan selain Tuhan Yang Maha Esa. Haji juga merupakan kontrak yang positif, dan itu adalah ketaatan kepada Tuhan Yang Esa. Bertawaf ke Baitullah dan menyembah Tuhan Yang Esa; ini adalah kontrak positif, dan ada juga kontrak negatif, iaitu menahan diri daripada menyekutukan Allah dan menjauhi orang musyrik.

Imam Khomeini yang Agung berkata: Berpegang kepada kontrak positif dalam haji, tetapi mengabaikan kontrak negatif, tidak mempunyai makna atau konsep. Haji mempunyai kewajipan yang positif di mana ia berkata: 

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ
"Sesungguhnya Safa dan Marwa adalah sebahagian daripada syiar Allah". (Qs, Al-Baqarah: 158) dan 

وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ
"Dan hendaklah mereka tawaf di Baitullah". (Qs, Al-Hajj: 29). 

Kewajipan positif di sini bermaksud tawaf mengelilingi Rumah Allah, Sai antara Safa dan Marwah, berdiri di Arafah, Masy’aril-Haram, Mina, dan berkorban; semua ini adalah perkara yang positif. Maksudnya menyembah Tuhan Yang Esa yang tiada sekutu bagiNya. Terdapat juga kewajipan negatif iaitu mengingkari ketuhanan selain Allah, mengingkari syirik dan menyekutukan Allah SWT, dan menjauhi orang musyrik.

Oleh itu, dalam pemikiran Imam Khomeini (RA), memisahkan aspek negatif daripada aspek positif haji adalah tidak bermakna. Oleh itu, haji adalah kewajipan ketuhanan, ibadah dan politik yang tidak dapat dipisahkan, dan dimensi ibadahnya tidak dapat dipisahkan dari dimensi politiknya; pengisytiharan berlepas diri daripada orang musyrik adalah dimensi politinya.

Terdapat satu riwayat daripada Nabi Muhammad (SAW) yang bersabda yang bermaksud: "Tunaikanlah haji dan umrah supaya kamu sihat dan terjamin perbelanjaan keluarga kamu."

Dalam riwayat ini, Nabi (SAW) merujuk kepada faedah duniawi haji dan umrah. Pertama, kesihatan fizikal. Kedua, rezeki yang mencukupi. Maka barangsiapa yang mengerjakan haji dan umrah secara berkala, terjamin rezekinya dan juga akan tercapai kesihatan jasmaninya. Ini adalah dari sudut manfaat duniawi. Namun dari segi kemaslahatan akhirat, haji merupakan salah satu daripada rukun agama yang lima. Islam itu berdasarkan lima perkara: solat, puasa, zakat, haji dan berwilayah, dan kita tidak diseru kepada sesuatu yang lebih penting seperti seruan untukberwilayah kepada Ahlulbayt Nabi (SAW).

Terdapat juga riwayat yang serupa daripada Imam Baqir (AS) dalam kitab Usul al-Kafi «اصول کافی». Oleh itu, sesiapa yang mengerjakan haji, pertama-tamanya, mendapat nikmat dunia seperti kesihatan dan rezeki yang kekal, dan kedua, mendapat faedah akhiratnya kerana dia telah menegakkan agamanya, dan haji adalah salah satu daripada rukun agama Islam. Allah Ta’ala berfirman: 

«لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ»
“Supaya mereka menyaksikan manfaatnya”. (Qs, Hajj: 28).

Oleh itu, Al-Quran telah menjelaskan bahawa haji mempunyai faedah. Allah SWT berfirman kepada bapa para nabi, Ibrahim Khalil, dan berfirman: 

«وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ، لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ 
“Dan berserulah kepada manusia secara umum untuk menunaikan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berbondong-bondong berjalan kaki dan mengendarai segala binatang yang gagah perkasa, yang datang dari segenap lembah yang dalam, supaya mereka menyaksikan apa yang mendatangkan faedah kepada mereka...". (Qs, Al-Haj/ 27).


Oleh itu, terdapat faedah dan matlamat dalam haji; manfaat dunia dan akhirat. Di antara faedah duniawi ialah penyatuan umat Islam dan perpaduan. Firman Allah SWT: 

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai.” (Qs, Ali-Imran: 103).

 Allah SWT berfirman:

إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ

“Inilah umatmu, umat yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku” (Anbiya: 92).

Haji adalah manifestasi terkuat dari perpaduan umat Islam. Haji menunjukkan kuasa, perpaduan dan kekuatan umat Islam menentang keangkuhan global. Kerana mengisytiharkan baroah «برائة» - berlepas diri daripada orang musyrik adalah penting, dan Allah Taala telah menyatakan dalam KitabNya yang mulia dalam Surah At-Taubah: 

أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya bebas daripada orang-orang musyrik.” (Qs, At-Taubah: 3).

Oleh itu, semua ibadah haji mempunyai falsafah tertentu. Apabila kita menyembelih seekor biri-biri pada hari kesepuluh Zulhijjah dan Aidul Adha, kita teringat bahawa Nabi Ibrahim (a.s.), kekasih Allah, ingin menyembelih anaknya Ismail, dan Allah SWT berfirman: 

وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ 
“Dan kami menggatikannya dengan sembelihan yang besar". (Qs, Saafaat; 107).

Kita berkorban / menyembelih haiwan di musim Haji untuk mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Terdapat banyak falsafah haji, dan jemaah haji hidup bersama mereka dari semasa ke semasa untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

Oleh itu, haji mengajar kita tunduk dan redha. Terdapat budaya tunduk, dan budaya yang lebih mendalam daripada itu ialah keredhaan. 

Haji mengajar kita ketaatan pada peringkat pertama, penyerahan pada peringkat kedua, dan redha pada peringkat ketiga dengan ketetapan dan takdir Ilahi. Inilah yang dizahirkan di Karbala, ketika Imam Husain (AS) berkata di dataran Karbala: "Ya Tuhan, aku akan sabar menunggu ketetapan-Mu. Tiada Tuhan selain Engkau sehingga Engkau redha. Jika pengorbanan ini berkenan kepada-Mu, terimalah sampai Engkau redha." 

Jadi haji mengajar kita tunduk, menyerah, dan redha.

Terdapat beberapa syarat yang disebut, iaitu syarat am kewajipan: Seperti matang/dewasa, akal, dan Islam. Ketiga-tiga syarat ini sah dalam semua cabang agama, seperti solat, puasa, dan .... Namun, orang yang berniat haji itu haruslah mempunyai harta yang sah. Allah Ta’ala berfirman: 

«وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
“Dan kepada Allah-lah diwajibkan haji ke Baitullah ke atas sesiapa yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Qs, Ali Imran: 97), yang bermaksud sarana ialah rezeki dan kesihatan dengan cara yang mampu untuk pergi dan pulang serta mampu berbelanja dalam perjalanan haji. 

Oleh itu, haji tunduk kepada kedua-dua syarat am kewajipan Islam, iaitu kematangan, akal, dan Islam, dan kepada syarat-syarat khusus, seperti kemampuan. Semoga Allah memberikan kejayaan kepada semua orang dalam melakukan apa yang dicintai dan diridhai-Nya, dan semoga selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang suci.

 

 

4285958

captcha