IQNA

Sistem Penyejukan Canggih Diperkenalkan di Haram Makam Suci Imam Husain (a.s)

18:14 - July 04, 2025
Berita ID: 3106654
IQNA - Unit Penyejukan yang bernaung di bawah Bahagian Projek Teknikal dan Kejuruteraan Makam Suci Imam Husain (a.s) telah mengumumkan pelaksanaan satu projek khas bertujuan menyediakan persekitaran yang sihat, selesa dan sesuai bagi kesejahteraan para penziarah sempena hari-hari berkabung di bulan Muharram al-Haram.

Laporan IQNA, memetik laman rasmi Makam Suci Husaini (a.s); Jurutera Safaa Ali Husain «مهندس صفاء علی حسین», ketua Unit Penyejukan, dalam wawancaranya menyatakan bahawa unit ini telah merancang satu projek khas untuk memastikan ruang yang sihat dan sesuai tersedia bagi para penziarah sempena majlis berkabung di bulan Muharram. Projek ini sedang dijalankan melalui penggunaan sistem penyejukan pusat yang canggih di ruang halaman suci Imam Husain (a.s).

Beliau menambah bahawa projek ini melibatkan pemasangan sistem penyejukan berkapasiti melebihi 9,000 tan, dengan penekanan utama kepada penyediaan udara sejuk dan nyaman di laluan masuk dan keluar para penziarah dari kawasan halaman suci.

Safaa Ali Husain menjelaskan bahawa suhu di dalam ruangan dalaman ditetapkan kekal dalam lingkungan 24 hingga 26 darjah Celsius, bagi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada perbezaan suhu antara luar dan dalam kawasan haram.

Beliau turut menyatakan bahawa satu sistem canggih juga telah dipasang untuk mengawal tekanan positif dan negatif dalam ruang makam suci. Sistem ini berperanan penting dalam menyingkirkan udara tercemar dan mengurangkan faktor penyebab penyakit pernafasan. Sistem ini dikendalikan sepenuhnya oleh pakar-pakar tempatan Iraq.

Kawasan/Astana Suci Imam Husain (a.s) melalui pendekatan kejuruteraan yang menyeluruh bertekad untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat bagi jutaan penziarah yang menziarahi Karbala «کربلا» pada bulan Muharram al-Haram «محرم الحرام».

4292394

tanda nama: Makam suci Husseini
captcha