
Laporan IQNA; Peringkat pembukaanl Musabaqah al-Quran Antarabangsa ke-42 dengan kehadiran peserta dari beberapa negara seperti India, Jordan, Oman, Yaman, Mesir, Libya dan beberapa negara lain telah dimulakan. Peringkat ini diadakan dalam dua bahagian: penilaian awal (pemeriksaan) dan penghakiman.
Menurut jadual yang telah ditetapkan, sesi pemeriksaan hafazan diadakan secara dalam talian dari 5 hingga 10 Disember. Sementara itu, sesi penghakiman bagi kategori hafazan, tartil dan tahqiq akan berlangsung dari 17 hingga 21 Disember .
Para peserta telah lebih awal menghantar fail rakaman tilawah mereka kepada Pusat Urusan al-Quran, Jabatan Wakaf.
Dalam edisi pertandingan kali ini, wakil-wakil Republik Islam Iran terdiri daripada:
Neda Moradi dalam kategori tartil،
Zahra Ansari dan Mohammad Mahdi Rezaei dalam kategori hafazan al-Quran،
Mahdi Foroughi dalam kategori tartil،
Seyyed Jasem Mousavi dalam kategori qiraat tahqiq.
Mereka akan berentap dengan peserta dari negara-negara lain.
Peringkat akhir musabaqah akan diadakan selepas proses rampung penilain akhir peringkat awal diumumkan oleh Pusat Urusan al-Quran, Jabatan Wakaf dan Hal Ehwal Kebajikan.
4321767