Mohammad Saleh Al-Hadri ketua parti keadilan dan pembangunan Tunis dalam temubual dengan Agensi Berita Antarabangsa Alquran(IQNA) didalam mengungkap masalah ini berkata: pengikut-pengikut salafi telah bersama-sama dengan musuh dengan metaati perintah-perintah tidak rasional Abdul Wahab dan menyerang makam-makam dan tempat-tempat suci.
Al-Hadri menyatakan bahawa serangan keatas makam dan tempat-tempat suci di Tunis telah dilakukan oleh pengikut-pengikut salafi dan dia menambah: “Sebahagian dari golongan wartawan menyatakan bahawa masyarakat ahli sunnah yang telah menyerang makam-makam dan tempat-tempat suci, dan dengan cara ini mereka cuba untuk memecah-belahkan perpaduan diantara pengikut-pengikut mazhab-mazhab sedangkan kenyataan ini tidak benar samasekali. Hari ini didalam Negara-negara seperti Tunis , dan Republik Mali dan sebahagian negara-negara Afrika, kumpulan-kumpulan yang mengakui Islam yang merupakan pengikut-pengikut wahabi telah menyerang tempat-tempat suci bagi masyarakat Ahli Sunnah.
Ketua parti keadilan dan pembangunan Tunis berkata lagi: oleh kerana itu serangan-serangan yang telah dilakukan oleh wahabi-wahabi yang mengakui Ahli Sunnah tidak sepatutnya menjadi punca perpecahan diantara ummat Islam sunni dan syiah. Sama seperti syiah Ahli Tasannun juga merupakan mangsa korban pemikiran-pemikiran wahabi dan pengikut-pengikut puak sesat ini.”
Al-Hadri didalam menerangkan akidah wahabi yang mempercayai bahawa ummat Islam yang lainnya adalah pengkhianat dan kafir berkata: “Salafi-salafi yang melakukan kerosakan ditunis dan membakar masjid-masjid dan makam-makam dan menimbulkan huru-hara dipelbagai daerah, menganggap masyarakat Islam yang tidak menyokong mereka sebagai pengkhianat dan kafir. Orang-orang ini telah mengabaikan kata-kata ulamak-ulamak terkemuka Tunis yang telah berkurun-kurun berjasa kepada Islam, mereka hanya mendengar perintah Abdul Wahab yang tidak rasional dan tidak syarie.”
Al-Hadri dialam menjawab soalan tentang peranan ulamak didalam berdepan dengan aktiviti-aktiviti salafi berkata: “Mengadakan pelbagai seminar dan perjumpaan diantara ulamak-ulamak pelbagai mazhab Islam merupakan antara cara yang dapat memberikan kesan yang banyak didalam mengekang perkembangan akidah wahabi. Ulamak-ulamak sepatutnya hadir di media-media massa dan secara teratur dan tersusun menerangkan kepada umum masyarakat tentang bahaya salafi dan wahabi.”
Al-Hadri manyambung: “Hari ini peperangan sebenar didalam media massa sedang berlaku dan mana-mana kumpulan yang memegang media massa akan menang didalam peperangan ini, oleh kerana itu kita tidak boleh membiarkan sebahagian Negara-negara yang menyokong pemikiran wahabi dan kumpulan-kumpulan pelampau ini menipu masyarakat Islam dengan memggunakan media massa ini.”
Dia didalam menekankan bahawa pertumpahan-pertumpahan darah dan keganasan-keganasan yang berlaku dinegara-negara Islam bukanlah peperangan diantara syiah dan sunni berkata: “Semua orang tahu bahawa mereka yang hadir didalam peperangan Suria dan Republik Mali, sebahagian mereka yang datang dari pelbagai tempat telah mengangkat senjata dan pergi kedua-dua Negara ini adalah kerana tertipu dengan penyebaran berita-berita wahabi. Telah sampai waktunya untuk menamatkan pembunuhan saudara ini kerana perkara ini hanya menguntungkan musuh Islam dan hamba –hamba mustakbirin.”
Al-Hadri diakhir ucapannya didalam menerangkan fenomena fitnah wahabi di Tunis berkata: “Semua kejadian fitnah yang berlaku di Tunis, semuanya disokong oleh Negara-negara Teluk Farsi terutamanya wahabi-wahabi Arab Saudi. Setelah kejatuhan pemerintahan Bin Ali, puak-puak pelampau seperti salafi dan wahabi telah menjadi kuat hasil dari sokongan keewangan daripada sebahagian Negara-negara. Begitu juga tidak patut dilupakan peranan parti pemerintah Tunis didalam menambahkan lagi kekuatan kumpulan ini. Parti pemerintah mungkin tidak mempunyai peranan secara langsung didalam masalah ini bahkan secara tidak langsung dengan menunjukan ketidakupayaan didalam berhadapan dengan sabotaj-sabotaj puak ini, sebenarnya parti pemerintah telah menyerahkan Negara kepada puak pelampau ini.
Nota: Parti keadilan dan pembangunan Tunis telah diasaskan pada 18 March 2011; dan pemikiran politik parti ini berlandaskan kepada falsafah Ibnu Khaldun dan berdasarkan falsafah ini keadilan merupakan asas pembangunan dan tanpa keadilan tidak akan ada kerajaan yang akan kekal.
1223560