Menurut Laporan Agensi Berita Antarabangsa Al-Quran (IQNA), dipetik dari rangkaian satelit Al-Minar, disebut didalam kenyataan ini: “Beberapa siri pengeboman pengganas selaras dengan jenayah yang sama yang mengancam kehidupan masyarakat negara-negara Arab dan Islam, akan dilaksanakan.”
Hizbullah menekankan: “Letupan-letupan ini hanya dilakukan oleh penjenayah dan terdapat beberapa petunjuk dijumpai yang menunjukkan penglibatan agensi-agensi perisikan antarabangsa didalam letupan ini. Dan tujuan mereka adalah untuk mewujudkan ketidakstabilan, fitnah dan kebimbangan dinegara-negara lain.
Hizbullah mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada warga Turki dan keluarga mangsa qurban dan menggesa supaya dilaksanakan usaha memerangi keganasan yang menjadikan orang awam yang tidak berdosa sebagai qurbannya.
Nota: Semalam dua letupan telah berlaku di daerah Ryhanly, Turki, dan menyebabkan 46 orang mati dan lebih dari seratus orang tercedera, dan penduduk-penduduk Ryhanly mendakwa bahawa pegawai-pegawai Turki yang bertanggungjawab terhadap letupan-letupan yang berlaku.
Sehingga sekarang masih belum ada yang mendakwa bertanggungjawab terhadap letupan-letupan yang berlaku, akan tetapi pegawai-pegawai Turki telah menagkap 9 orang yang disyaki dan semuanya adalah warganegara Turki.
1227095