IQNA

16:42 - November 23, 2021
Berita ID: 3100446
TEHRAN (IQNA) - Kementerian Perpaduan Negara perlu memperhebatkan usaha penerangan secara lebih meluas bagi meningkatkan semangat memahami dan menghormati antara agama di kalangan rakyat negara ini.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, berkata ini bertujuan supaya isu sensitif berkaitan agama tidak menimbulkan perasaan gelisah di kalangan rakyat dan merosakkan hubungan mesra antara kaum.

“Usaha ini perlu sebagai langkah berjaga-jaga dari awal supaya tidak menimbulkan kekecohan dan kebencian antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara, di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Hassan berkata, perhubungan masyarakat yang dimaksudkan adalah memelihara, meningkat dan mengukuhkan jalinan hubungan antara agama serta merancang dan menyelaras tindakan intervensi bagi menyelesaikan masalah antara agama.

Beliau mengambil Surah Al-An’am ayat 108 yang bermaksud: `dan janganlah kamu mencerca orang-orang yang menyeru selain daripada Allah, maka akan menyebabkan cercaan mereka terhadap Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan’.

“Dari ayat ini, Allah menyebut perkataan aduan yang bermakna timbulnya permusuhan dan kebencian, ini adalah satu penyelesaian yang diberikan oleh Al-Quran,” katanya.

harakahdaily.net

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: