IQNA

Masjid purba ditemui oleh penjelajah British di Iraq + Gambar

9:15 - January 13, 2022
Berita ID: 3100639
TEHRAN (IQNA) - Sebuah Masjid dan kuil purba baru-baru ini ditemui di wilayah Dhi Qar, Iraq oleh penjelajah British, salah satu peristiwa paling penting dalam beberapa bulan kebelakangan ini di wilayah itu.

Laporan IQNA, menukil Al-Jazeera; penemuan arkeologi penting baru-baru ini berlaku di wilayah Dhi Qar, Iraq, salah satunya adalah istana salah seorang raja Babylon, yang ditemui di barat Nasiriyah, ibu kota wilayah itu.

Sebuah Masjid purba sejak zaman Islam telah Juga ditemui di utara wilayah itu, yang merupakan penemuan pertama berkaitan era awal Islam.

Tapak arkeologi ketiga yang baru ditemui oleh ahli arkeologi British ialah kuil Sumeria yang ditemui di utara Nasiriyah.

Mimbar atau "Mazbah mengarah ke kiblat, sepanjang 8 meter dan lebar 5 meter, boleh dilihat di tengah-tengah Masjid, dan Masjid itu mempunyai kapasiti 20 orang," kata Ahmad Kazem, ahli arkeologi Iraq.

Kemungkinan tempat ini adalah sebuah perkampungan kerana masjidnya tidak seperti masjid-masjid kota besar dan Ibu kota seperti Masjid Kufah atau Basra atau Samarra.

بقایای مسجد باستانی دوران اموی در ذی قار

Menurut Ahmad Kazem, penemuan ini bukanlah penemuan pertama yang berkaitan dengan zaman Islam, kerana pada masa lampau, penemuan berkaitan zaman Bani Umayyah dan Abbasiyah telah ditemukan. Tetapi kali ini penting kerana Masjid yang ditemui diperbuat daripada lumpur.

 

4028094

captcha