IQNA

Perayaan Hari Agama Sedunia bercanggah Islam

4:51 - January 20, 2022
Berita ID: 3100666
TEHRAN (IQNA) - ISTILAH Perayaan Hari Agama Sedunia adalah bercanggah dengan Islam kerana mempunyai unsur pengiktirafan kepada kebenaran agama lain.

Sebagai Muslim, kita meletakkan segala kesetiaan dan ketaatan hanya kepada agama Islam dan berlepas diri (bara’ah) daripada sebarang unsur-unsur yang mengiktiraf agama lain.

Firman Allah S.W.T:

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ

 “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam.”

[‘Ali-Imran: 19]

Benar Islam adalah agama rahmat yang bersifat universal, penuh toleransi dan menerima hakikat wujudnya pelbagai agama (pluraliti) di muka bumi ini. Namun demikian, ia bukan bermakna Islam menyeru kepada kesamarataan agama dan mempercayai agama lain sebagai satu kebenaran seperti yang dipercayai dalam ajaran Pluralisme agama. 

Berhati-hatilah dalam bertoleransi, jangan sampai melebihi hak-hak yang sepatutnya. Semoga Allah menetapkan agar kita sentiasa berada di atas jalan-Nya yang lurus, dan menjauhkan kita daripada jalan yang menyimpang.

harakahdaily.

captcha