IQNA

Pertemuan para Mufti dan Ahli JK Fatwa

18:03 - January 25, 2022
Berita ID: 3100693
TEHRAN (IQNA) - SEJAK dilantik memegang amanah cukup besar ini, saya selalu memperingatkan diri untuk sentiasa murujuk kepada Ashabus Samahah para Mufti dalam soal hukum-hakam. Nasihat dan juga teguran amat diutamakan kepada saya selaku pentadbir.

Alhamdulillah syukur, satu pertemuan cukup mahabbah telah diadakan bersama Ashabus Samahah para Mufti dan ahli-ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) di Putrajaya semalam. 

Di samping menyampaikan hasrat saya akan kerjasama erat antara ulamak dan umarak, saya juga menyatakan harapan kepentingan institusi fatwa dalam negara Islam. 

Institusi fatwa sangat penting dan relevan dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia. Suara dan pendirian Ashabus Samahah para Mufti bersama Jabatan Mufti Negeri-Negeri amatlah mustahak sebagai panduan dan bimbingan hukum untuk dijadikan rujukan.

Ini kerana kita sedang berdepan dengan seribu satu cabaran. Ancaman aqidah, cabaran keruntuhan akhlak, kebejatan rasuah dan salah laku moral, juga pelbagai lagi masalah. Begitu juga cabaran langit terbuka media sosial dan teknologi ICT hari ini. 

Inilah hakikat yang perlu kita terima. Pada saya ini adalah cabaran utama institusi kefatwaan pada zaman ini.

Justeru, besar harapan saya agar gandingan ulamak dan umarak dalam membina keharmonian negara perlu diperkukuhkan. Juga sebagai pemimpin perlu sentiasa menjadikan ulama sebagai rujukan dalam pembangunan dan pentadbiran negara. 

Siiru ‘ala barakatillah

harakahdaily.

captcha