IQNA

Simbol Al-Quran dalam reka bentuk Masjid terbesar di Asia Tenggara + video

6:10 - January 27, 2022
Berita ID: 3100698
TEHRAN (IQNA) - Masjid "Istiqlal" ialah Masjid terbesar di Asia Tenggara, terletak di Dataran Merdeka Jakarta, ibu negara Indonesia. Dari menara hingga ke tiang dan hiasan dinding, lambang Al-Quran dalam reka bentuk Masjid ini memukau mata pengunjung.

Laporan IQNA; Masjid Istiqlal sekaligus simbol Kemerdekaan Indonesia, merupakan Masjid terbesar di Asia Tenggara dari segi kapasiti.

Masjid itu dinamakan "Istiqlal" dari kata bahasa Arab "استقلال" yang bermaksud تحرُّر من أيّة سُلطة خارجيَّة "Kebebasan atau kemerdekaan daripada mana-mana pihak berkuasa atau penjajah luar", Masjid ini dinamakan "Istiqlal" kerana pembinaannya bermula selepas kemerdekaan Indonesia daripada negara-negara penjajah; Belanda, Jepun dan lain-lain, pada tahun 1949, apabila ada usaha dilakukan untuk membina sebuah Masjid besar yang layak untuk Indonesia sebagai negara Islam terbesar.

Masjid Istiqlal mempunyai keluasan 2,750 meter persegi dan ketinggian 33 meter, dan dengan kapasiti 200,000 jemaah, ia telah menjadi Masjid terbesar di Asia Tenggara.

Marmar Itali telah digunakan dalam reka bentuk dan hiasan koridor Masjid ini. Selain itu, permaidani yang digunakan untuk lantai Masjid ini dibuat di Turki.

Masjid ini mempunyai tujuh pintu masuk dan setiap satu daripada tujuh pintu itu dinamakan sempena Asma al-Husna, daripada nama-nama Allah. Angka tujuh juga mewakili tujuh langit dalam kosmologi Islam.

Dalam video dibawah, mempunyai gambaran keseluruhan reka bentuk Masjid ini.

 

4031472

captcha