IQNA

Usaha tanpa henti Mullah Mahmud Aslani melatih penghafaz Al-Quran Macedonia +Gambar

6:03 - January 31, 2022
Berita ID: 3100709
TEHRAN (IQNA) - Mullah Mahmud Aslani, seorang pemikir Al-Quran dari Macedonia yang telah sambut panggilan alHaq pada musim panas tahun 1400 hijriah dua tahun lepas, adalah salah seorang profesor yang, dengan kaedah pengajarannya yang unik dan susunan teladan dalam sesi latihannya, melatih ratusan penghafal seluruh Al-Quran dan menghantar ramai wakil ke pertandingan Quran antarabangsa

Laporan IQNA, dari Balkan, Mullah Mahmud Aslani adalah seorang ulama terkemuka Macedonia yang mendedikasikan hidupnya kepada Al-Quran, dari tahun 1967 hingga 2021, beliau terlibat dalam pengajaran dan latihan hafazan Al-Quran tanpa gangguan dan tidak mempunyai sebarang cuti sepanjang tahun kecuali dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidil Adha.

Pertubuhan Hafazan Al-Quran Jeddah pada 2012 menamakan Mullah Mahmud Aslani, Imam Jemaah kota Tatu di Macedonia, kerana melatih 200 penghafaz Al-Quran hasil usahanya selama 50 tahun tanpa henti; Memperkenalkan pemikir Al-Quran terkemuka dunia.

تلاش بی‌وقفه «ملا محمود اصلانی» برای تربیت حافظان قرآن مقدونیه

Mullah Mahmud Aslani atau juga disebut Mullah Muhammad Bamdad meninggal dunia pada tahun 2021, selepas setengah abad berkhidmat kepada Islam dan Al-Quran, dan bergegas menemui Tuhannya. Anak lelakinya, Hafez Zul-Qifli, menyembahyangkan jenazah bapanya, dan beribu-ribu orang Islam tasyyik (ikut menghantar) jenazah ulama terkemuka Macedonia ini ke rumah abadinya.

تلاش بی‌وقفه «ملا محمود اصلانی» برای تربیت حافظان قرآن مقدونیه

Persatuan Menghafaz Al-Quran Masjid Pasha terletak di bandar Tetova, dan apa yang menarik perhatian apabila mengunjungi tempat ini ialah kaedah dan susunan pengajaran yang mengawal kelas hafazan Al-Quran Ustad Aslani. Beberapa orang penghafaz telah mendapat pendidikan di pusat tersebut dan telah menyertai pertandingan Al-Quran antarabangsa di negara-negara Islam. 

Bandar Tetovo adalah salah satu bandar Islam di Macedonia di mana banyak aktiviti Al-Quran dan keagamaan dilakukan.

تلاش بی‌وقفه «ملا محمود اصلانی» برای تربیت حافظان قرآن مقدونیه

Ramai di kalangan penghafaz Al-Quran, imam dan guru-guru sekolah Islam Macedonia hari ini adalah pelajarnya dan menghidupkan ingatannya. Masjid Pasha di kota Tetova yang menjadi tempat perlindungan Mullah Mahmud selama setengah abad, turut meratapi Imam jemaah dan guru Al-Qurannya.

تلاش بی‌وقفه «ملا محمود اصلانی» برای تربیت حافظان قرآن مقدونیه

إنا لله و إنا إلیه راجعون، الله یرحمه و له الفاتحة!

4032112

captcha