IQNA

Al-Quran Braille lengkap pertama dicetak di Tunisia

6:37 - February 05, 2022
Berita ID: 3100728
TEHRAN (IQNA) - Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia telah diberi taklimat mengenai proses mencetak Al-Quran lengkap pertama dalam Braille untuk Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

Laporan IQNA, memetik jawharafm.net; Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia Ibrahim Al-Shaebi melawat Pusat Percetakan Al-Quran Jamiat Absar semalam, 4 Februari, semasa kesinambungan percetakan Al-Quran Braille, yang pertama kali dipersembahkan di negara ini.

Al-Shaebi berkata Al-Quran akan diberikan secara percuma kepada institusi dan individu yang memerlukan untuk membantu OKU penglihatan membaca Al-Quran.

Beliau memberi kuasa kepada Direktorat Am Al-Quran untuk menyelesaikan percetakan semua bahagian Al-Quran.

Kementerian Hal Ehwal Agama Tunisia sebelum ini mengumumkan bahawa untuk berkhidmat kepada Al-Quran dan memudahkan OKU penglihatan membaca Firman Tuhan, ia telah menerbitkan Juzuk 30 Al-Quran berdasarkan riwayat Qalun dalam Braille.

Bahagian Al-Quran ini telah diterbitkan oleh Persatuan Absar dengan kebenaran Jawatankuasa Mushaf di Perhimpunan Islam Tertinggi Tunisia, selepas semakan oleh kumpulan Penghafal Al-Quran dari OKU penglihatan (Terang hati).

4033672

captcha