IQNA

Anak muda hendak yang terbaik

13:19 - February 12, 2022
Berita ID: 3100759
TEHRAN (IQNA) - SUBHANALLAH! Mudahnya hendak dapat pahala dengan hanya berbuat kebaikan. Jadi orang yang baik juga ajak orang buat baik dan kita semua boleh buat.

Setiap sudut kehidupan kita pastinya ada ruang dan peluang untuk kita membuat kebaikan. Senang ke mudah untuk kita jadi baik? Jawapannya secara fitrahnya memang kita hendak yang terbaik.

Sebagai anak muda menginginkan rumah yang baik, kereta yang baik malah dan bina keluarga yang baik. Betul kan? Makanya sudah tentulah kita juga kena usaha dan sentiasa berbuat kebaikan dengan menyempurnakan hak Allah S.W.T dan hak sesama manusia.

Alhamdulillah, ada di kalangan anak muda memilih untuk berumahtangga terlebih dahulu dan benar tidaklah semudah kata sebutan di bibir dalam melayari kehidupan. Tanggungjawab pastinya lebih besar dan beban kewangannya tidak kurang hebatnya tatkala anak muda ingin memulakan kehidupan.

Adakah kita sama? Hadapi perkara yang serupa? Habis itu, hendak buat macam mana? Kerana impian seorang anak muda berkehendakkan yang terbaik.

Insya-Allah, salah satunya ialah dengan kasih sayang dan belas kasihan terhadap isteri dan anak-anak serta kedua orang tua kita. Ianya bergantung kepada diri kita.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Ar-Ruum: 21)

Yakinlah bahawa dalam setiap rezeki yang kita perolehi itu ada hak orang lain juga. Persiapkan bahagian untuk ibu bapa kita, perlengkapkan keperluan isteri dan anak-anak kita, Insya-Allah rezeki akan lebih meluas.

Ditambah pula kemudiannya bermurah hati membantu saudara mara dan jiran tetangga, pastinya kita juga menjadi penyumbang kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat. Jauhilah perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai kehidupan sebaliknya berterusanlah berbuat kebaikan.

Firman Allah S.W.T:

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
(al-Syura: 20)

Semoga segala kebaikan ini menjadi asbab melayakkan kita dimasukkan ke syurga Allah S.W.T.

harakahdaily

captcha