IQNA

Peringatan Hari-hari Wiladah Suci Bulan Syaaban di Karbala + Gambar

9:26 - March 08, 2022
Berita ID: 3100849
TEHRAN (IQNA) - Sambutan bermula pada ulang tahun kelahiran Imam Husein (as) dari malam, 6 Mac bertepatan dengan malam ke 3 hari bulan Syaaban, di maqam suci Abbasi di Karbala, Iraq.

Peringatan Hari-hari Wiladah Suci Bulan Syaaban di Karbala + GambarLaporan IQNA, memetik Alkafeel.net; Sambutan Syaabaniyah berlangsung selama 3 hari diadakan di kawasan menghadap Maqam suci Hazrat Abulfazl Al-Abbas (as). Setiausaha Agung Maqam Suci Abbasi dan beberapa pegawai dan sebilangan besar jemaah telah menghadirinya.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran oleh Qari Iraq Ammar al-Hali, diikuti dengan ucapan Sheikh Salah al-Karbalai, ketua Jabatan Hal Ehwal Agama Wilayah suci Abbasi.

Sambil mengucapkan selamat menyambut perayaan Syaabaniyah kepada umat Islam, beliau berkata: Imam Husein (as) adalah pembicara Tuhan dan Al-Quran. Oleh itu, manusia perlu berusaha semampunya untuk membiasakan diri dengan peribadi Imam Husein (as) agar mendapat manfaat daripada syafaatnya di hari kiamat.

Al-Karbalai merujuk kepada kepentingan ibadah menziarahi para Imam (as) pada bulan Syaaban, menekankan kepentingan mengetahui jalan AhlulBayt (as) dari pelbagai aspek kerohanian dan epistemologi.

Selepas ucapan ini, Muhammad Al-Fatimi dan Abu Fatimah Al-Abudi, dua penyair Iraq, membacakan puisi untuk menyatakan keutamaan AhlulBayt (as).

Hari kedua perayaan ini diadakan semalam, 7 Mac, di halaman Maqam suci Hazrat Abbas (as) di Karbala dan pelbagai acara dipersembahka di dalamnya.

برگزاری جشن اعیاد شعبانیه از سوی آستان مقدس عباسی +عکس

 

برگزاری جشن اعیاد شعبانیه از سوی آستان مقدس عباسی +عکس

 

برگزاری جشن اعیاد شعبانیه از سوی آستان مقدس عباسی +عکس

4040991

captcha