IQNA

Jawapan Pejabat Ulama Marjaiah Syed Ali Khamenei hf:

Istiftaat mengenai 'Riyak' semasa berpuasa

10:36 - March 31, 2022
Berita ID: 3100939
TEHRAN (IQNA) - Salah satu syarat sahnya puasa ialah niat dekatkan diri kepada Allah swt, yang bermaksud hendaklah berpuasa kerana mentaati perintah Allah dan tidak menanam niat lain, iaitu menunjuk-nunjuk kepada manusia (Riyak).

Laporan IQNA; Berada di ambang kedatangan bulan suci Ramadan dan menyambut bulan jemputan Allah swt memerlukan mempelajari dan meneliti faktor-faktor yang membatalkan puasa, para ulama marjak dalam buku-buku risalah amaliah nya telah seneraikan perkara-perkara; makan, minum, mencelupkan kepala dalam air, berdusta kepada Allah dan Nabi (SAW) dan para Imam yang maksum (as), dan lain-lain...telah diperkenalkan sebagai membatalkan puasa.

Apa yang penting dalam hal ini adalah memperhatikan faktor yang disebut "Riyak" - الریاء -, bermaksud menunjuk-nunjuk ibadah kepada selain yang diredai oleh Allah swt, kerana salah satu syarat sahnya puasa adalah niat dekatkan diri kepada Allah swt - qurbatan ilallah - yang artinya harus berpuasa untuk ketaatan mencapai reda Allah swt sahaja.

Dan jika berniat untuk menunjuk-nunjukkan (riyak) puasa kepada manusia, walaupun di tengah hari dan dalam keadaan berpuasa, hendaklah dia tetap melanjutkan berpuasa sehingga masuk waktu iftar syar'i dan mengqadhanya (mengganti puasa) semula pada hari lain.

Dalam referendum (Istiftaat - meminta Fatwa hukum syar'i Islam) yang telah kami hantar ke pejabat Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, kami telah merujuk kepada salah satu contoh yang berlaku dalam keadaan berpuasa dan mungkin disyaki hipokrit - sebagai dianggap berlaku Riyak -, dan kami telah meminta jawapan.

Teks referendum (Pertanyaan) adalah seperti berikut:

"Assalamualaikum- Ucapan Selamat sejahtera atasmu- ;
Jika di siang hari kita berpuasa (termasuk puasa sunnah, puasa qadha', puasa wajib Ramadan, dsb) sebagai menjawab kepada seseorang yang ingin menemani kita dalam bekerja disaat kita sedang berpuasa, atau ingin menziarahinya, kita berkata pada nya saya sedang berpuasa dan tidak mempunyai kekuatan fizikal; Adakah ini perbuatan munafik?! Adakah berkesan pada puasa menjadi tidak sah? "Atau adakah ia hanya fakta dan tidak memudaratkan puasa?"

Teks Jawapan:

"Waalaikumussalam wrwb - Dan salam sejahtera dan rahmat serta keberkatan juga ke atas kamu."
Jika tujuan berkata semata-mata untuk menyatakan punca ketidak mampuan, ia tidak riyak dan tidak ada masalah serta tidak memudaratkan puasa."
"Semoga berjaya dan sihat"

4045749

captcha