IQNA

Puasa dalam Islam;

Daripada ibadah kepada tanggungjawab sosial

12:43 - April 19, 2022
Berita ID: 3100998
TEHRAN (IQNA) - Makan adalah perkara biasa alami, tetapi Al-Quran mengatakan bahawa subjek makan-minum antara manusia dan haiwan adalah berbeza dan bagi manusia tidak begitu biasa alami kerana ia bergantung pada hukum yang merujuk pada pemakanan halal dalam Al-Quran yang mengingatkan tanggungjawab hubungan sosial manusia dengan cara yang mudah dan menakjubkan.

Daripada ibadah kepada tanggungjawab sosialLaporan IQNA; Ajaran Islam mengenai makan dan minum bertujuan untuk mewujudkan sistem tingkah laku mengenai pemakanan dan untuk menetapkan peraturan-peraturan khusus ke atas hubungan manusia dengan Tuhan dan tanggungjawab sosial nya dan akhirnya untuk mewujudkan masyarakat yang sihat. Kita boleh melihat ringkasan sistem tingkah laku ini dalam tugas atau kewajipan ibadah "puasa":

1. Ibadah dan kerohanian

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Qs, Al-Baqarah 2:183)

Larangan makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari, pada bulan Ramadan, merupakan satu tugas yang telah dicadangkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan manusia dengan Tuhan dan membuka jalan kepada pertumbuhan rohani manusia untuk menguatkan pikulan bagi tanggungjawab kehidupan sosial manusia.

2. Perhatian kepada kebersihan makanan

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Qs, Al-Baqarah 2:168)

"Halal" adalah istilah universal yang merujuk kepada satu set tingkah laku yang dibenarkan dalam undang-undang Islam. Salah satu contoh halal dalam pemakanan, yang telah disebut dalam 3 aspek:

Pertama, kaedah mendapatkan makanan mestilah halal.

Kedua, makanan itu sendiri mestilah halal dan bersih - Larangan makan dan minum najis.

Ketiga, jumlah makanan yang digunakan hendaklah secara sederhana, dan jika digunakan secara berlebihan, ia dipanggil boros-membazir, yang dilarang sama sekali.

كُلُوا وَاشْرَبُوا مِنْ رِزْقِ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

"Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". (Qs, Al-Baqarah 2:60)

3. Menyadari untuk memberi Bantuan kepada yang memerlukan;

Mengalami rasa lapar ketika menjalani ibadah puasa, menjadikan kehidupan seharian lebih menyedari keadaan orang yang kelaparan. Pengalaman ini, bersama-sama dengan banyak petua untuk membantu golongan yang memerlukan semasa Ramadan, mewujudkan keinginan yang meluas untuk mengurangkan kemiskinan dan kelaparan dalam masyarakat.

Fakta ini menunjukkan aspek sosial idea perbaikan dan pembaharuan yang dicipta oleh sesuatu perbuatan syariah (kewajipan ibadah puasa) yang bukan sahaja berkaitan dengan privasi manusia dan Tuhan, tetapi juga boleh meningkatkan bahagian penting dalam hubungan manusia dengan aktiviti kebajikan dalam kehidupan sosial-masyarakat.

captcha