IQNA

Program Pencarian Bakat “Dawlat al-Tilawah” Disiarkan di Mesir

4:49 - November 15, 2025
Berita ID: 3107287
IQNA - Program “Dawlat al-Tilawah” «دولة التلاوة» , yang merupakan pertandingan pencarian bakat terbesar dalam bidang tartil dan qiraat al-Quran, akan disiarkan melalui rangkaian satelit Mesir.

Laporan IQNA, memetik portal Al-Qahira 24 «القاهره ۲۴»; Program ini akan mula disiarkan bermula semalam, Jumaat, 14 November 2025 melalui saluran satelit al-Hayah «الحیاة», CBC, al-Nas «الناس», Misr Quran Karim «مصر قرآن کریم» serta platform “Watch It”.

Waktu siaran program ini ialah pada jam 9 malam setiap hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu.

Program “Dawlat al-Tilawah” diterbitkan hasil kerjasama antara Kementerian Wakaf Mesir dan syarikat perkhidmatan media “al-Muttahidah” «المتحده» dengan tujuan mengenal pasti bakat-bakat baharu serta pemilik bacaan unggul dari pelbagai wilayah di negara itu.

Nilai keseluruhan hadiah pertandingan ini ialah 3.5 juta paun Mesir. Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori tartil dan qiraat masing-masing akan menerima hadiah 1 juta paun Mesir. Selain itu, rakaman bacaan penuh al-Quran mereka akan diterbitkan dan disiarkan di saluran “Misr Quran Karim”.

Kedua-dua pemenang ini juga akan diberi penghormatan untuk mengimamkan solat berjemaah di Masjid Imam Husain (a.s.) «مسجد امام حسین(ع) قاهره» di Kaherah pada bulan Ramadan akan datang.

Menurut laporan tersebut, peringkat saringan awal pertandingan mendapat sambutan luar biasa, dengan lebih daripada 14,000 peserta dari pelbagai wilayah menyertai acara ini.

Penilaian peserta dijalankan melalui beberapa peringkat, dan seramai 32 peserta terpilih ke peringkat akhir dengan pemantauan jawatankuasa ilmiah khas dari Kementerian Wakaf Mesir yang diketuai oleh Osama al-Azhari «», Menteri Wakaf negara tersebut.

Panel juri pertandingan ini terdiri daripada tokoh-tokoh agama dan ilmuwan terkemuka Mesir dan dunia Islam, antaranya Sheikh Hassan Abdul Nabi «شیخ حسن عبدالنبی» (Timbalan Jawatankuasa Semakan al-Quran al-Azhar), Taha Abdul Wahab «طه عبدالوهاب» (pakar suara dan tokoh qiraat), Mustafa Husni «مصطفی حسنی» (pendakwah terkenal), dan qari Sheikh Taha Nu'mani «شیخ طه نعمانی ».

4315754

tanda nama: qari Mesir terkenal
captcha