IQNA

Hujjatul Islam Seyyed Abdul Fattah Nawab:
7:23 - April 27, 2022
Berita ID: 3101023
TEHRAN (IQNA) - Wakil Pemimpin Revolusioner Tertinggi Republik Islam Iran dalam urusan Haji dan Ziarah, menyatakan bahawa sokongan kepada Palestin adalah berdasarkan prinsip Al-Quran dan perintah Rasulullah (SAW) dan para Imam (as) dalam menyokong perjuangan orang yang dizalimi dan menentang orang yang zalim.

Laporan IQNA; Beliau berkata: "Dengan pertolongan Tuhan dan terima kasih kepada perhatian khusus Revolusi Islam, Imam Khomeini dan Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran terhadap isu pembebasan Baitulmaqdis dan perjuangan kemerdekaan untuk Palestin, kita melihat bahawa paksi penentangan (muqawamah) semakin kuat dari tahun ke tahun dan paksi kekafiran dan Zionisme telah lemah."

Hujjat-ul-Islam dan Muslimin Seyyed Abdul Fattah Nawab; Wakil Pemimpin Tertinggi dalam Hal Ehwal Haji dan Ziarah, dalam temu bual dengan IQNA, mengenai prinsip agama menyokong perjuangan orang-orang yang tertindas seperti rakyat Palestin; Pengumuman Hari Al-Quds sedunia oleh Allahyarham Imam Khomeini (qsz), beliau berkata: Mengenai Hari Al-Quds, perlu dikatakan bahawa ayat-ayat Al-Quran menekankan membela orang yang dizalimi dan memerangi orang yang zalim.

Imam Ali (as), dinyatakan beliau berwasiat kepada Imam Hassan (as) dan Imam Hussein (as) bahawa:

«کُونُوا لِلظالِمِ خَصماً و لِلمَظلُومِ عَوناً»
"Berlaku tegaslah terhadap pelaku kezaliman dan menolong bagi yang dizalimi"

Tambahnya lagi: "Saya masih ingat semasa ziarah umrah pada tahun 1970-an dan 1980-an, beberapa orang datang dari Gaza untuk menerima bantuan dari pusat bantuan Pemimpin Tertinggi yang ada di dewan 'Bi'that" Di sini.

Pada peluang seperti ini yang diharap oleh agama dari orang yang beriman adalah hendaknya menolong kepada orang yang ditindas, dan ini adalah permintaan Rasulullah (SAW).

Hujjatul Islam Nawab mengenai kesan penamaan Hari Al-Quds Antarabangsa ke atas kuasa penentangan hari ini dan kemerosotan kuasa rejim Zionis berkata: Tekanan utama yang dikenakan oleh keangkuhan global (elit politik angkuh) terhadap Republik Islam adalah kerana Iran Islam tidak mengiktiraf rejim Zionis,

Republik Islam hanya ingin memusnahkan rejim palsu yang menindas ini dan oleh itu mereka menentang Iran Islam dengan sekuat tenaga, tetapi dengan pertolongan Tuhan dan terima kasih kepada perhatian khusus Revolusi Islam dan Imam Khomeini dan Pemimpin Tertinggi Republik Islam sekarang ini, yang telah menghidupkan isu pembebasan Baitulmaqdis dan menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin, kita lihat tahun demi tahun, paksi Muqawamah menjadi lebih kuat dan kubu kekafiran dan Zionisme semakin lemah.

حجت الاسلام و المسلمین سیدعبدالفتاح نواب، نماینده ولی فقیه در سازمان حج و زیارت

4052520

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: