Laporan IQNA; Agar bacaan qari menjadi berkesan, para ulama telah mencadangkan pelbagai penyelesaian. Adalah lebih baik seseorang membaca Al-Quran sesuai yang Allah swt perintahkan;
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ
"Maka bacalah apa yang relevan dari Al-Quran ("Tartil" - tahap demi tahap dari ayat-ayat Al-Quran). (Qs, Al-Muzzammil 73:4)
Kerana membaca Al-Quran itu sendiri adalah asas bagi pergerakan evolusi kesempuranaan.
Hasil matlamatnya adalah untuk membiasakan diri dengan konsep-konsep Al-Quran, dan ajaran-ajaran Al-Quran diletakkan dalam hatinya, dan selepas langkah-langkah ini, dia memasuki komitmen praktikal terhadap konsep-konsep yang telah diperolehinya dan berusaha dalam bidang mengamalkannya.
Imam Ali (as) berkata: Pelajarilah Kitab Allah, kerana ia adalah ucapan yang paling baik dan penasihat yang paling fasih, dan cubalah perdalam memahami hukum-hukum atau undang-undang dan tpis-tips yang ada di dalamnya. Kerana Al-Quran adalah musim bunga bagi hati, mata air yang menghidupkan hati, dan apabila datang musim bunga tentu akan hilanglah musim gugur dan kesedihan hati, Al-Quranlah yang menjadikan manusia hidup dan segar.
Telah dikatakan bahawa Al-Quran, yang merupakan ucapan terbaik, harus dibaca dengan suara yang terbaik, dan suara yang terbaik adalah suara yang menyedarkan kita tentang alam ghaib, dan ia tidak bermakna hanya formula suara atau nada bunyi nya.
Sudah tentu, ini juga baik, tetapi kadang-kadang dilihat bahawa beberapa wali Ilahi, apabila mereka membaca Al-Quran dalam bentuk yang mudah dan dengan tilawah tartil, meninggalkan kesan di hati bahawa bunyi terbaik itu adapada kandungan maknanya.
Emosi luaran dalam tilawah hendaklah menjadi emosi rohani,
Keterujaan yang kadang-kadang kita saksikan dalam majlis-majlis bacaan Al-Quran seharusnya menimbulkan keseronokan dalaman bagi pendengar dan pembaca harus memahami kerohanian dan keadaan kesedihan dalam diri mereka.
Dalam hadis-hadis, kita telah dinasihatkan supaya membaca Al-Quran dengan rasa sedih, ciri-ciri kesedihan ialah ia membuatkan seseorang itu berfikir.
Rasulullah SAW bersabda:
«إِنَّ الْقُرْآنَ نَزَلَ بِالْحُزْنِ؛ قرآن با حزن نازل شده»
“Al-Quran diturunkan dengan kesedihan"; dalam erti kata turunnya Al-Quran adalah untuk transformasi, agar kita sedar diri dan kedudukan yang Allah letakkan untuk kita.
Kesedihan ini adalah seperti keadaan di mana seseorang bekerja sepanjang hari, tetapi tidak tahu apa hasil kerjanya, akibat daripada kebimbangan ini, kesedihan timbul.
Kesedihan sebenar sebenarnya adalah kebimbangan seseorang untuk berfikir dan melihat ke mana arah kewujudannya ini.
Al-Quran memberitahu kita tentang kewujudan ini.
3667781