IQNA

Sebab Program "Pengajaran al-Quran" oleh Hujjatul Islam Qaraati Kekal Lama

5:02 - October 01, 2025
Berita ID: 3107074
IQNA - Zahra Salavati, seorang wartawan dan pakar media, dalam sebuah artikel telah membincangkan sebab-sebab kekalnya program televisyen "Pengajaran al-Quran" yang dikendalikan oleh Hujjatul Islam wal Muslimin Mohsen Qaraati.

Laporan IQNA; Teks artikel oleh Zahra Salavati yang dikongsi kepada agensi berita IQNA adalah seperti berikut:

Menariknya, gelaran sebagai program televisyen yang paling lama bersiaran di Iran dimiliki oleh sebuah program keagamaan. Program Pengajaran dari al-Quran telah disiarkan setiap hari Khamis selama 46 tahun di saluran pertama televisyen negara; sebuah program yang sezaman dengan sejarah Revolusi Islam Iran.

Siaran program ini yang dikendalikan oleh Hujjatul Islam Mohsen Qaraati bermula pada tahun 1358 Hijrah Syamsiah (1979 Masihi) atas cadangan syahid Morteza Motahhari «شهید مرتضی مطهری »dan dengan kelulusan Imam Khomeini (rahmatullah ‘alayh), dan ia masih berterusan sehingga kini dengan audiens yang tetap. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beberapa generasi penonton telah mengikuti program ini, dan masih juga terus menontonnya setiap minggu sambil mendengar bicara Hujjatul Islam Qaraati.

Pertama sekali, sumber ilmu dalam program ini bersambung kepada lautan yang tidak berpenghujung, iaitu al-Quran al-Karim yang tiada akhirnya. Dalam firman Allah, tidak ada pengulangan yang membosankan, tidak ada kekurangan, dan tidak ada penghujung.

Di samping itu, topik-topik menarik dari al-Quran yang diketengahkan dalam program ini sangat relevan dan praktikal dalam menyelesaikan masalah kehidupan duniawi dan ukhrawi manusia.

Satu lagi sebab utama kekalnya program ini ialah penguasaan tinggi pengacaranya dalam ilmu al-Quran dan kemahirannya dalam bidang tafsir. Hujjatul Islam Mohsen Qaraati «حجت‌الاسلام و المسلمین محسن قرائتی» merupakan salah seorang mufassir al-Quran yang terkenal, dan karya beliau yang dikenali sebagai "Tafsir Nur" «تفسیر نور» adalah hasil daripada kajian dan penyelidikan selama bertahun-tahun terhadap kitab suci ini. Antara ciri utama Tafsir Nur ialah penggunaan bahasa yang mudah, jelas dan difahami oleh masyarakat umum, dan pendekatan ini turut diterapkan dalam program Pengajaran dari al-Quran, di mana perbincangan al-Quran disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Salah satu prinsip penting dalam menghasilkan program-program yang berteraskan nilai-nilai murni ini adalah penyampaian mesej dan isi kandungannya dalam bahasa yang mudah, mesra dan dengan format yang menarik serta diminati ramai. Hujjatul Islam Qaraati, sebagai seorang mufassir al-Quran dan pengacara program ini, dengan pendekatan tersebut, telah berjaya menarik penonton dari seluruh pelosok negara – dari kampung-kampung terpencil sehinggalah ke tengah-tengah ibu kota Tehran – untuk kekal bersama al-Quran dan ajarannya yang membina manusia dan kehidupan selama hampir setengah abad.

4307760

captcha