IQNA

Pandangan Al-Quran tentang perihal perjalanan

9:01 - August 07, 2022
Berita ID: 3101346
TEHRAN (IQNA) - Perjalanan atai bermusafir Selain faedah rekreasi, perjalanan juga boleh memainkan peranan penting dalam kesihatan mental manusia. Oleh itu, melancong sangat dianjurkan dalam Islam dan khususnya dalam Al-Quran.

Laporan IQNA; Islam mempunyai pandangan yang sangat istimewa dan mendalam tentang musafir atau perjalanan dan melancong. Dari sudut pandang Al-Quran, melancong mempunyai kesan rohani lebih daripada kesan luaran, iaitu menggembirakan keadaan fizikal seseorang, dan ia juga menggembirakan "keadaan dalaman" seseorang.

Dari sudut pandangan Al-Quran, perjalanan adalah peluang terbaik untuk melihat karya dan keadaan masa lalu dan untuk memikirkan kehidupan mereka.

Rumah separuh hancur, monumen tamadun dan harta benda yang mereka nikmati dalam hidup yang singkat.

أَوَلَمْ یَسِیرُوا فِی ٱلْأَرْضِ فَیَنظُرُوا کَیْفَ کَانَ عَقِبَةُ ٱلَّذِینَ کَانُوا مِن قَبْلِهِمْ کَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَءَاثَارًا فِی ٱلْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ ٱللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا کَانَ لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن وَاقٍ

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah." (Qs, Ghaafir 40:21).

Dalam ayat yang mulia ini disebutkan dan dititikberatkan tentang rumah-rumah besar dan istana yang kukuh yang dibina sendiri oleh orang-orang terdahulu.

Bangunan-bangunan ini, yang kini tidak lebih daripada runtuhan, pernah menempati kecintaan hati orang-orang yang menyangka mereka akan mempunyai kehidupan yang panjang atau kekal bersama rumah-rumah megah itu, sehingga mereka melupakan Tuhan dan tenggelam dalam dosa, dan akhirnya mereka dihukum kerana dosa-dosa mereka, sementara kedua-duanya tidak kuat; rumah mahupun kekuatan lain dihadapan kuasa Tuhan.

Oleh itu, dari sudut pandangan Al-Quran, perjalanan harus disertai dengan "pemerhatian- kesaksian - «مشاهدة»" yang teliti dan renungan tentang "akhir - akibat" dan pembelajaran dari kehidupan pendahulu kita, dan membawa kita kepada kesimpulan dan iman hati yang tidak lama lagi kita akan juga pergi dan jadi contoh untuk generasi akan datang.

captcha