IQNA

Politik Islam: Tiada pengasingan siyasah dan agama

13:30 - August 13, 2022
Berita ID: 3101369
TEHRAN (IQNA) - Islam mendidik umatnya mengurus diri, keluarga, masyarakat sehingga urusan mentadbir negara. Allah S.W.T menjadikan manusia sebagai Khalifah Allah di bumi dengan dibekalkan peraturan dan syariat melalui perutusan para Rasul A.S.

شَرَعَ لَكُمْ مِّنَ الدِّيْنِ مَا وَصّٰى بِهٖ نُوْحًا وَّالَّذِيْٓ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهٖٓ اِبْرٰهِيْمَ وَمُوْسٰى وَعِيْسٰٓى اَنْ اَقِيْمُوا الدِّيْنَ وَلَا تَتَفَرَّقُوْا فِيْهِۗ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِيْنَ مَا تَدْعُوْهُمْ اِلَيْهِۗ اَللّٰهُ يَجْتَبِيْٓ اِلَيْهِ مَنْ يَّشَاۤءُ وَيَهْدِيْٓ اِلَيْهِ مَنْ يُّنِيْبُۗ.

“Dia (Allah) telah mensyariatkan agama kepada kamu sebagaimana yang diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu tegakkanlah agama (keimanan dan ketakwaan) dan janganlah kamu berpecah belah di dalamnya. Sangat berat bagi orang-orang musyrik (untuk mengikuti) agama yang kamu serukan kepada mereka. Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya bagi orang yang kembali (kepada-Nya)”. (asy-Syura: 13)

Allah S.W.T menjelaskan kepada kita bahawa syariat yang dibawa oleh para Rasul A.S perlu ditegakkan secara menyeluruh. 

Keindahan Islam akan terserlah apabila Islam dijadikan cara hidup oleh manusia. Islam bukan hanya perhiasan yang dipakai apabila perlu dan berbeza mengikut tempat atau majlis, namun Islam adalah cara hidup yang lengkap bersesuaian untuk setiap zaman, tempat dan suasana.

Konsep prihatin, kebertanggungjawaban dan kebolehpercayaan (integriti), ketelusan dan kejujuran, kasih sayang dan toleransi, menegakkan keadilan dan mengajak kepada yang maaruf antara nilai-nilai utama yang dibawa oleh Islam.

Pengharaman arak, judi, riba dan rasuah, membanteras penindasan dan kezaliman, mencegah perkara mungkar adalah sebahagian keutamaan dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Islam mendidik umatnya mengurus diri, keluarga, masyarakat sehingga urusan mentadbir negara. Allah S.W.T menjadikan manusia sebagai Khalifah Allah di bumi dengan dibekalkan peraturan dan syariat melalui perutusan para Rasul A.S.

Namun oleh kerana manusia makhluk yang lemah, maka ia terkesan dengan sebab kejahilan, persekitaran (bi’ah) yang buruk serta kesombongan yang tidak dibendung sehingga ia sesat daripada jalan Allah.

Islam adalah jalan Allah (SabilulLah), membawa penyelesaian yang terbaik dan menyeluruh jika dikaji dan difahami. Maka sayugia bagi umat Islam keseluruhannya untuk merasa terpanggil kembali di atas landasan Syariat Allah S.W.T.

PAS sebagai sebuah parti dakwah dan siyasah yang disulami tarbiyah dan kefahaman mengajak seluruh umat Islam khasnya dan masyarakat amnya untuk kita meletakkan keyakinan jika Islam mentadbir negara, keadilan akan terlaksana kepada semua pihak.

“Islam Menyatukan Ummah”

Harakahdaily.

Nama:
Email:
* komen:
captcha