Laporan IQNA; Terdapat persoalan sejak dahulu kala atau azali dan abadi yang telah dibincangkan dan difikirkan oleh setiap pakar
pemikiran, dan ia adalah penting bagi semua pemikir dunia dalam setiap era. Dari mana saya datang? Untuk apa saya di sini? Ke mana saya pergi selepas kematian?
Topik-topik ini boleh didapati dalam tajuk-tajuk yang serupa dengan ini, seperti: permulaan dan akhir manusia, permulaan dan akhir dunia, sifat dan substansi dunia, fizik dan metafizik, memahami rahsia kewujudan yang tersembunyi, mencapai kerohanian, meningkatkan kualiti kehidupan, memahami erti kehidupan, pengenalan yang tepat benar dan tidak tepat, memahami keindahan dan perkara yang indah, memberi perhatian kepada keupayaan dan kapasiti manusia.
Falsafah dan Al-Quran berusaha untuk menganalisis isu-isu ini.
Semestinya, anda harus sentiasa ingat bahawa dalam setiap agama, terdapat definisi dan penjelasan yang terhad dan sempit tentang agama (yang dibuat oleh individu) yang menyebabkan orang beragama itu sendiri menjauhkan diri daripada agamanya kerana berdasar dengan definisi sempit demikian.
Kes yang sama terdapat definisi dan penjelasan tentang Al-Quran dengan beberapa definisi ini yang sempit dan mengehadkan Al-Quran sedemikian rupa sehingga seolah-olah Al-Quran diturunkan hanya untuk menguruskan hal-ehwal kehidupan seseorang dengan urusan ritual agamanya.
Definisi Al-Quran dan konsep-konsep Al-Quran sebegini, dalam erti kata yang rasional, menjadikan Al-Quran sebagai sebuah buku yang bukan sahaja tidak boleh ada kaitan dengan falsafah, malah tiada manusia yang mahu menggunakan buku ini untuk memahaminya untuk meningkatkan kualiti hidupnya.
* Dipetik daripada wawancara Ali Mehjoor, seorang guru falsafah, bersama IQNA.