IQNA

Selayang pandang ke petunjuk pengurusan dunia di Madinatun-Nabi

6:23 - October 12, 2022
Berita ID: 3101652
TEHRAN (IQNA) - Sebagai ahli teori pandangan dunia ketuhanan, Nabi Muhammad (SAW) menggunakan rancangan baru dalam pembinaan luaran dan dalaman kota Madinah di Jaziratul-Arab sebagai ibu kota dunia Islam, yang dianggap sebagai model pembinaan masyarakat dan pengurusan untuk dunia - global.

Laporan IQNA; Masyarakat sivil - Madani - perbandaran atau perkotaan - adalah model yang dilukis oleh ahli falsafah barat - Yunan - untuk kebahagiaan manusia, dan di dalam nya juga terdapat model gaya hidup.

"«مدینة النبی» Madinah al-Nabi" adalah model pembinaan masyarakat dan pengurusan dunia yang telah dikemukakan oleh Rasulullah (SAW). Sebagai seorang ahli teori pandangan dunia ketuhanan, beliau menggunakan rancangan baru dalam pembinaan luaran dan dalaman kota Madinah di Jaziratul-Arab sebagai ibu kota dunia Islam. Pelan ini pastinya bukan rancangan terhad kepada Madinah, tetapi rancangan global untuk pengurusan masyarakat manusia.

Kita boleh mengemukakan komponen “Madinah al-Nabi” Rasulullah (SAW), iaitu rancangan sosialisasi baginda untuk membina dan mengurus dunia kemanusiaan, dengan tiga kriteria dan satu matlamat. Tiga kriteria ini termasuk: kebijaksanaan, kesucian - teknookrasi dan keadilan. Moto Islam dan matlamat utama ketiga-tiga indikator ini ialah ungkapan "«قولوا لا اله الا الله تفلحوا» Quluu laa ilaaha illallah tuflihuun" - Katakan Tiada tuhan selain Allah - yang mesejnya adalah berpusatkan Tuhan dan kerohanian.

Kebijaksanaan :

Hikmah dalam Islam ialah ilmu - makrifah dan cahaya yang memberikan pemiliknya keupayaan untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk - antara hak dan batil - yang diperoleh melalui pengukuhan kekuatan atau potensi Akal dengan melalui penjagaan diri - tazkiatun-Nafs dari segala akhlak buruk dan dosa.

Teknookrasi Islam

Teknookrasi Islam ialah suatu sistem pemerintahan di mana pakar yang membuat keputusan dalam pemerintahan berdasarkan kemahirannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan terutamanya pengetahuan sains Agama Islam - tipe kesucian diri, dimana kebolehan dan kelayakan memimpin lebih diutamakan sebagai yang berdasarkan pengetahun dan prestasi yang dikhususkan untuk kesetiaan kepada pemimpin dan ketaatan yang dipimpin.

Dalam Islam, lelaki dan wanita bertanggungjawab terhadap kesucian - iffat - عفة - menjaga marwah - susila diri. Kesucian adalah kuasa dalaman yang dengan perkembangannya seseorang boleh menghadapi keinginannya yang tidak sah dan bersifat kebinatangan dan membawanya ke dalam kawalannya dan menghalang kemunculan pelampiasan hawa nafsu dalam masyarakat - sosial sehingga menghalang akibatnya yang membahayakan dirinya dan orang lain.

Keadilan

Dalam tamadun Islam, keadilan adalah keutamaan dan standard. Iaitu sejauh mana keadilan tercapai dalam masyarakat, setakat atau seukuran mana masyarakat itu berada di atas landasan Islam. Isu ini sangat penting dalam nas-nas Islam sehingga ulama Islam menganggap kerja para nabi ilahi adalah spesial dalam dua tugas menyeru kepada ibadah dan keadilan.

* Dipetik daripada buku; berbahasa Farsi - «سبک زندگی، کار ویژه قرن» Sabuk zendegi, kore wizzeh qarn" - "Gaya Hidup, Karya Khas Abad Ini" oleh Hujjatul Islam Hussain Abbasi Asal.

captcha