IQNA

Perbaikan penampilan Menarik rahmat Allah

4:25 - October 26, 2022
Berita ID: 3101725
TEHRAN (IQNA) - Sebagaimana agama Islam mementingkan dalaman manusia, ia juga sensitif tentang susunan dan penampilan luaran manusia.

Laporan IQNA; Firman Allah :

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat". (Qs, Al-A'raaf 7:31).

Dalam ayat ini, Allah meminta kita mempercantik diri; memakai pakaian yang terbaik (penghias penampilan); minyak wangi yang terbaik ketika hendak mendekati Allah dalam keadaan terpelihara keindahan diri setiap kali hendak beribadah.

Penampilan indah ketika beribadah rasionalitinya sebagai ukuran penampilan pergaulan sosial umat Islam.

Penggunaan minyak wangi adalah sebahagian daripada kehidupan para Imam Ahlulbayt Nabi Islam (SAW), sebagai mengikuti sunnah Baginda Rasulillah Muhammad (SAW) yang mengeluarkan pembiayaan lebih untuk wangian harum daripada makanannya.

Kekemasan penampilan dan keteraturan hidup menarik perhatian rahmat Allah, sebaliknya perhatian rahmat Allah dipalingkan dari rumah yang selekeh, tidak kemas dan tidak teratur.

Pada satu ketika sebahagian sahabat mengeluhkan wahyu daripada Nabi Islam (SAW) yang terputus; Sahabat ramai keliru dan bertanyakan sebabnya; Baginda bersabda mengapa tidak terhenti!? Anda tidak memotong kuku anda, tidak mengubah diri berbau harum, atau berpakaian indah dan bersih.

Oleh itu, kecantikan paras rupa bukan sahaja memberi kesan mental dan emosi yang positif kepada orang lain, ia juga menimbulkan kesan positif kepada individu itu sendiri.

Seseorang yang dihiasi - menjaga penampilan rapi dan bersih berada dalam mood yang lebih baik. Selain itu, Islam mahu akhlak orang yang beriman terpelihara dalam penampilan indah - rapi, wangi dan bersih; Penampilan yang kusut masai dan tidak memerhatikan kebersihan dan kekemasan penampilan membuatkan orang lain memandang rendah terhadap seseorang, walau ada teguran khusus untuk para penghina orang lain, itu dalam konteksnya tersendiri yang juga dilarang Agama.

Apa yang penting ialah kesederhanaan yang tidak bercanggah dengan kecantikan; Ia boleh menjadi mudah, elegan dan anggun, dan umat Islam perlu untuk saling menolong mengujudkan keindahan sosial masyarakat muslimin - ini salah satu bidang yang juga perlu untuk saling tolong menolong sebagai kebajikan ummah.

Menjaga kerapian dan kebersihan serta mencantikkan penampilan paras rupa tentulah berbeza dengan keinginan yang melampau terhadap kebendaan yang dilarang Agama.

captcha