IQNA

Ketua MAPIM menuntut pendakwaan terhadap pelaku jenayah di Shahcheragh

7:17 - November 03, 2022
Berita ID: 3101760
TEHRAN (IQNA) - Mohd Azmi Abdul Hamid, ketua Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengeluarkan kenyataan mengecam serangan kejam ISIS ke atas makam ziarah Shahcheragh, yang mengakibatkan berpuluh-puluh kematian dan kecederaan masyarakat sivil, dan menuntut perbicaraan hukuman ke atas kumpulan pengganas ISIS; pelaku keganasan di Shiraz, Republik Islam Iran.

Laporan IQNA; dari Malaysia, ketua Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia yang dikenali sebagai MAPIM mengeluarkan kenyataan rasmi dan bantahan serta menyeru sokongan umat Islam sedunia kepada kedaulatan negara Republik Islam Iran menentang konspirasi masyarakat Barat terhadap rakyatnya.

Dalam kenyataan ini, Mohammad Azmi Abdul Hamid yang mesra alam dipanggil cikgu Azmi, menganggap Barat dan ejen-ejen gabungannya bertanggungjawab atas kejadian jenayah kejam tersebut dengan tujuan melemahkan Republik Islam Iran, dan menuntut perbicaraan dan hukuman ke atas rakan sejenayah ini dalam insiden berdarah Shahcheragh.

Dalam temu bual dengan agensi berita Seda-Sima di Kuala Lumpur, beliau menyampaikan ucapan takziah kepada pemimpin dan rakyat Iran yang tahan-muqawamah, sambil mengutuk serangan pengganas yang membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah. Beliau menuntut perbicaraan dan hukuman terhadap pelaku keganasan yang keji ini dan beliau juga menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga yang ditinggalkan.

Ketua Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia menekankan keperluan untuk meningkatkan kewaspadaan, muqawamah - pertahanan, perpaduan rakyat Iran terhadap konspirasi jahat musuh Islam dan menyatakan bahawa tangan musuh Islam mencipta gelombang keganasan, ketidakamanan dan perpecahan dengan mengganggu kehidupan normal rakyat.

Akhirnya, beliau mendoakan para syuhada dalam kemalangan yang tragis ini, pemulihan yang cepat bagi yang cedera, dan kesabaran serta pahala bagi yang terselamat.

4096216

Nama:
Email:
* komen:
captcha