
Laporan IQNA; Falsafah musibah dalam kehidupan manusia mempunyai aspek yang berbeza dan semua bala dan musibah yang menimpa manusia tidak sama punca dan sebabnya. Terdapat beberapa musibah yang zahir dan batinnya adalah azab; Ada yang hanya zahirnya musibah kesengsaraan, tetapi sebenarnya adalah rahmat; Ada yang kelihatan seperti rahmat, tetapi sebenarnya ia adalah bencana dan kerugian, yang merupakan jenis yang paling berbahaya. Menentukan kategori musibah (nikmat atau bala bencana) yang menimpa kita – manusia, sememangnya tidak mudah.
Beberapa musibah bala bencana adalah akibat dari perbuatan buruk manusia sendiri; Sebagai contoh, banyak masalah sosial dan juga ekonomi rakyat yang berkaitan secara langsung dengan penampilan dosa dalam masyarakat - meluasnya perlakuan dosa ahli suatu masyarakat; Orang yang berdosa, akibat dosa dan kemaksiatannya, kerap mempunyai kehidupan yang bermasalah dan tidak tenteram dan telah menyebabkan malapetaka untuk dirinya.
Apabila seseorang melakukan dosa secara berterusan, dia mesti juga menunggu akibatnya. Akan tetapi akibat dosa yang sama boleh datang dalam bentuk yang berbeza, iaitu kadangkala dalam bentuk musibah; Allah murka kepada orang yang berdosa sehingga memberinya musibah bala bencana, atau kadangkala berupa musibah nikmat sehingga manusia berdosa itu beranggapan bahawa Tuhan menyayanginya, kerana ini, dia tidak pernah menyedari kejadian sebenar dirinya yang berdosa.
Musibah yang merupakan bencana di dalam, tetapi di luarnya adalah nikmat, dalam istilah Al-Quran disebut; «استدراج» "istidraj".
Istidraj bermaksud secara beransur-ansur semakin dekat dengan hukuman ilahi dan ia khusus untuk pendosa yang tidak pernah bertaubat dan menghadap kepada Tuhan dan tidak berhenti berbuat dosa; Orang-orang ini biasanya mempunyai semacam kebanggaan dan bahkan menyangka bahawa Allah telah memberi mereka banyak nikmat kerana sayang terhadap mereka.
Allah menarik orang-orang seperti itu secara beransur-ansur dan darjat demi darjat, menuju musibah kebinasaan, Dia memberi kesenangan pada zahirnya, tetapi bukan kerana cinta. Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran:
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya - (Kami akan mengambil tebusan mereka sedikit demi sedikit dari tempat yang tidak mereka ketahui)." (Qs, Al-A'raaf 7:182).
Oleh itu, tidak setiap nikmat itu benar-benar rahmat dan tidak setiap bencana itu benar-benar laknat.
Nabi saw juga bersabda yang bemaksud bahawa musibah itu mempunyai pelbagai sebab; Setiap orang mukmin diuji supaya kesabarannya diukur, dosanya dibersihkan, atau kerana musibah dan malapetaka yang dilihatnya ini, ditinggikan martabatnya.
Oleh itu, perkara terbaik yang perlu dilakukan dalam menghadapi kesusahan ialah bersabar dan memuji Allah, dan perkara terbaik yang perlu dilakukan menghadapi nikmat ialah bersyukur dan memuji Allah, supaya kita mendapat manfaat daripada ganjaran musibah yang dialami di kehidupan dunia ini untuk kebahagiaan kekal di akhirat nanti.