IQNA

Makanan haram menurut Al-Quran

7:28 - November 16, 2022
Berita ID: 3101814
TEHRAN (IQNA) - Dengan merenung pelbagai ayat Al-Quran, kita menyedari bahawa mencari kekayaan di dunia dan berniaga adalah wajar dan dipuji dari sudut agama.

Laporan IQNA; Para nabi ilahi telah menganjurkan pemilikan modal material, kerana ia adalah keperluan untuk kehidupan duniawi dan alasan untuk mewujudkan keselesaan. Tetapi Tidak terikat dengan harta dunia, memberi harta kepada fakir miskin, memperoleh harta yang halal, dan menjauhi perkara yang menyebabkan manusia melakukan maksiat adalah antara anjuran penting Al-Quran.

Satu lagi isu penting ialah memberi perhatian kepada pengambilan makanan yang halal dan bersih. Banyak ayat yang menegaskan bahawa memperoleh harta yang halal adalah sama pentingnya dengan jihad di jalan Allah dan tidak boleh dibelanjakan dengan cara yang haram. Ayat 188 Surah Al-Baqarah menyatakan masalah ini:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (Qs, Al-Baqarah 2:188).

Di dalam Tafsir Noor disebutkan bahawa «تُدْلُوا» "Tudlu" bermaksud mencampakkan baldi bertali ke dalam perigi, yang dalam ayat ini diibaratkan seperti memberi rasuah.

Rasuah merupakan salah satu dosa besar yang menyebabkan berlakunya fasad sosial - kerosakan moral masyarakat, antaranya menghapuskan keadilan, hina dan rosaknya maruah penguasa dan hakim, serta hilangnya kepercayaan masyarakat kepada mereka.

Dalam ayat kedua Surah an-Nisa' disebutkan larangan mengambil harta anak yatim, sebagai salah satu isu yang berkaitan dengan perolehan harta secara haram:

وَآتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا

“Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar." (Qs, An-Nisaa' 4:2).

Menurut penjelasan yang diberikan dalam Tafsir Noor: Islam adalah pelindung golongan yang serba kekurangan dan lemah, dan anak-anak yatim berhak atas harta-harta mereka dan tidak boleh mengambil harta mereka secara kekerasan dan paksa.

Ajaran agama juga menekankan bahawa menukar barangan anak yatim yang berkualiti tinggi dengan yang murah adalah satu dosa besar dan tidak boleh diampunkan.

Dalam ayat 121 Surah al-An'am, kita diperkenalkan kepada satu lagi kategori barang haram dan kita harus menahan diri daripada memakannya.

وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ

"Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik." (Qs, Al-An'aam 6:121).

Menurut perintah yang disebutkan dalam ayat ini, penyembelihan haiwan hendaklah dilakukan dengan menyebut nama Allah, dan tidak boleh dipersembahkan sebagai ritual kemusyrikan.

Keharusan memakan harta yang halal dan kewajipan memperoleh harta yang halal amat jelas dalam ayat -ayat Al-Quran, kerana mengikut janji Allah, pengambilan yang haram menyediakan seseorang untuk mudah menerima dan mentaati bisikan syaitan.

Ayat 51 Surah al-Zukhruf juga menceritakan tentang mereka yang menggunakan harta dan modal secara negatif dan dengan cara yang mungkar.

وَنَادٰى فِرْعَوْنُ فِيْ قَوْمِهٖ قَالَ يٰقَوْمِ اَلَيْسَ لِيْ مُلْكُ مِصْرَ وَهٰذِهِ الْاَنْهٰرُ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِيْۚ اَفَلَا تُبْصِرُوْنَۗ

"Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?" (Qs, Az-Zukhruf 43:51)

Menurut ayat Al-Quran, seorang kafir, seperti Firaun, berpaling daripada Tuhan kerana menyalahgunakan kekayaan dunia dan memaksa manusia menjadi hamba dirinya, kerana dia menganggap dirinya Tuhan dan penguasa dunia.

Firaun pernah berkata bahawa Aku adalah Tuhanmu, tidakkah kamu melihat bahawa kerajaan Mesir ada di tanganku, sungai-sungai air mengalir dari bawah takhtaku?! Iaitu, dia menyalahgunakan hartanya. Ada orang yang menyalahgunakan harta mereka dan memperhambakan orang lain dengan kuasa hartanya.

Imam Redha (as) juga menjawab soalan mengenai kekayaan yang terbaik bagi pemiliknya itu apa? Imam menjawab: “Sebaik-baik harta ialah yang memelihara maruah kamu; memelihara kamu daripada kemiskinan dan meminta-minta.” (KH, Bihar al-Anwar, jld. 75, hlm. 352).

captcha