IQNA

Kedamaian manusia dalam naungan pencipta alam

11:28 - November 29, 2022
Berita ID: 3101872
TEHRAN (IQNA) - Tidakkah anda bimbang bumi tiba-tiba menelan anda dan anda akan tenggelam ke dalam tanah? Persoalan ini, yang ditimbulkan dalam salah satu ayat Al-Quran, membawa fikiran kita kepada titik bahawa ini tidakah sudah berlaku berkali-kali dalam gempa bumi besar kepada manusia? Allah berfirman bahawa manusia tidak mempunyai tempat berlindung melainkan kepadaNya jua.

Laporan IQNA; Ayatullah Mahdi Hadavi Tehrani, profesor hauzah ilmiah menjelaskan ayat-ayat dari Surah al-Mulk, yang akan anda baca di bawah:

Allah berfirman dalam surah Mubarakah al-Mulk ayat 16:

أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ

"Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?" (Qs, Al-Mulk 67:16).

Syeikh Tusi telah berkata bahawa ayat ini adalah ancaman kepada orang-orang kafir. Syeikh telah berkata bahawa maksud مَنْ فِي السَّمَاءِ "Siapa yang di langit" bermaksud; Tuhan, sudah tentu ini tidak bermakna Tuhan berada di langit, tetapi ia bermaksud sultah - ghalabah (سلطة - غلبة) kekuasaan yang menaklukkan, perintah dan larangan Tuhan, yang segalanya jelas bagiNya.

Berbeza dengan Syeikh Tusi, Allamah Tabatabai percaya bahawa tidak ada bantahan terhadap pandangan bahawa "مَنْ فِي السَّمَاءِ" adalah Tuhan sendiri, tetapi ia masih belum tepat dengan Al-Quran. Kita mempunyai langit semula jadi di mana bintang-bintang terletak, tetapi nampaknya maksud "langit" dalam kebanyakan atau semua ayat Al-Quran adalah langit rohani dan tingkat yang lebih tinggi dari alam semesta, bukan hanya sistem suria dan langit di atas Bumi.

Tidak ada percanggahan antara kata-kata Allamah dan Syeikh, kerana tidak ada di dunia ini yang melampaui kuasa Tuhan, tetapi seseorang menganggap "مَنْ فِي السَّمَاءِ" sebagai Tuhan sendiri dan kekuasaan-Nya, dan yang lain menafsirkannya sebagai malaikat.

Ayat tersebut mengatakan, "Tidakkah kamu bimbang bumi tiba-tiba menelan kamu dan kamu tenggelam ke dalam bumi?" Bukankah ini berlaku kepada manusia dalam gempa bumi yang besar? Allah berfirman bahawa manusia tidak ada tempat berlindung melainkan Allah, dan jika manusia itu ahli mengingati Allah, walaupun ditelan bumi, dia akan kembali ke syurga, tetapi jika dia bukan ahli mengingati Allah, dia sentiasa dalam bahaya kemusnahan."

Atas dasar ini, kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan kepada Allah dan tidak meninggalkan zikirNya serta memohon kepada Allah agar melindungi kita dengan bertawakal kepada Allah, sebaliknya jika Allah meninggalkan kita secara material dan rohani, kita akan binasa.

Kerana kita melihat dan menangani fenomena alam setiap hari, kita tidak begitu mempedulikannya. Allah telah berfirman dalam ayat-ayat berikut, tidakkah manusia melihat burung di atas kepala mereka membuka dan menutup sayapnya (iaitu mengepakkan sayapnya);

أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَـٰٓفَّـٰتٍۢ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحْمَـٰنُ ۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَىْءٍۭ بَصِيرٌ

"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Qs,Al-Mulk 67:19).


* Syeikh Tusi: Muhammad bin Hassan bin Ali bin Hassan ( 385 - 460 HQ) - ( 995 - 1067 M), dikenali sebagai Syeikh Tusi, adalah salah seorang ulama dan fuqaha Syiah ahlulbayt Nubuah Baginda Rasulillah SAW yang paling terkenal. Beliau adalah penulis dua kitab, "Al-Tahdhib
«التهذیب» dan "Al-Istibasar - «الاستبصار», salah satu daripada empat kitab hadith muktabar Syiah. Beliau secara beransur-ansur menubuhkan Hauzah ilmiah Najaf.

* Allamah Tabatabai: Syed Muhammad Hussein Tabatabai ( 1281 - 1360 HQ - (1902-1981 M) adalah seorang pengulas, ahli falsafah, ahli usul, ahli hukum, mistik dan ulama Iran. Beliau adalah pensyarah di Hauzah Ilmiah Qom dan dianggap sebagai salah seorang ulama yang paling berpengaruh dalam suasana intelektual dan keagamaan di Iran.

captcha