IQNA

Al-Quran bercakap mengikut realiti / 1

Islam adalah agama yang menghormati maruah manusia

19:39 - December 20, 2022
Berita ID: 3101969
TEHRAN (IQNA) - Walaupun Islam adalah agama yang menghormati maruah manusia dan mencerahkan manusia dan membebaskan manusia daripada segala kekangan yang menghalang kemajuan pemikiran dan kerohanian manusia, namun kurangnya kesedaran manusia terhadap janji-janji Tuhan Ia telah menyebabkan perkembangan Islam di dunia menjadi perlahan.

Laporan IQNA; Mengikut data tahun 2022  penganut Islam di dunia telah menjadi agama kedua terbesar selepas Kristian yang mencapai jumlah pengikut 2 bilion 382.750.000. Hingga hari ini, walaupun sudah banyak orang menerima Islam sebagai pengatur kehidupan dunianya, berbanding periode awal dakwahnya, tetapi dalam jumlah populasi manusia di dunia, umat Islam masih memiliki pengikut yang relatif sedikit ditinjau dari kependudukannya di negara-negara yang berbeza, menurut kajian, pada tahun 2022 Islam mempunyai 1.93 bilion penganut, yang membentuk sekitar 23.4% daripada populasi dunia yang berdasarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan populasi dunia telah mencapai 8 bilion orang, pada Selasa (15/11/2022). Berikut populasi agama di dunia 2020:

1. Kristian dengan jumlah pengikut 2.382.750.000

2. Islam dengan jumlah pengikut 1.907.110.000

3. Tidak mengikuti Agama dengan jumlah pengikut 1.193.750.000

4. Hindu dengan jumlah pengikut 1.161.440.000

5. Budha dengan jumlah pengikut 506.990.000

6. Agama rakyat dengan jumlah pengikut 429.640.000

7. Agama Lain dengan jumlah pengikut 60.990.000

8. Yahudi dengan jumlah pengikut 14.660.000

Daripada data ini, kita dapat melihat bahawa bilangan umat Islam sepatutnya menjadi masyarakat terbesar di dunia, dengan alasan, agama yang menghormati maruah manusia dan mengajar makrifat untuk berfikir dan membebaskan manusia daripada segala belenggu yang menghalang kemajuan intelektual dan rohaniah mereka, dan semua yang dapat membangun kehidupan mereka terkandung dalam ajaran Islam. Dan juga Islam sebagai agama Allah yang diutuskan bersama nabi terakhir kepada seluruh umat manusia hingga hari kiamat.

Ayat Al-Quran menyatakan seruan:

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan". (Qs, Al-A'raaf 7:158).

Dalam ayat 55 surah Yunus, cukup menjelaskan kenyataan umat manusia banyak yang tidak mengetahui janji Allah yang benar meliputi kehidupan mereka;

أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَلَا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

"Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Qs, Yunus 10:55).

Berdasar ayat ini salah satu punca segolongan besar umat manusia masih tidak menyambut seruan dakwah Islam adalah ketidaktahuan mereka terhadap janji-janji Allah SWT yang pasti ditepatiNya.

Jika manusia menganut Agama penyembahan patung atau menggunaka tamsil seperti arca dan lain-lain yang tidak disyariatkan oleh Islam dan ada ancaman yang dijanjikan oleh Allah untuk pelaku sesembahan seperti itu, alasan terbesar yang dapat dikatakan adalah kerana mereka tidak tahu seperti yang disebut dalam ayat ini:

«إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنْتُمْ لَهَا وَارِدُونَ»‌

"Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimparkan ke dalam neraka Jahannam; yang kamu akan memasukinya." (Qs, Al-Anbiyaa' 21:98).

Patung, arca, tamsil yang menjadi sembahan selain Allah SWT semua akan menjadi bahan bakar untuk membakar para penyembahnya sendiri di alam akhirat, ini satu janji Tuhan Yang Maha Esa untuk umat manusia yang memilih jalan menyembah atau menjadikan wasilah sesuatu yang tidak disyariatkan oleh Allah SWT. Contoh gambar patung keagamaan yang dijadikan sesembahan atau wasilah ibadah oleh sebahagian golongan umat manusia.

Islam adalah agama yang menghormati maruah manusia

Islam adalah agama yang menghormati maruah manusia

Islam adalah agama yang menghormati maruah manusia

 

 

captcha